PETALING JAYA:
Tidak ramai yang akan membiarkan hari ke-12 dalam bulan ke-12 tahun
ke-12 pada alaf ini berlalu begitu sahaja.
Ramai yang merancang
mengabadikan hari bersejarah mereka pada tarikh tersebut (yang akan
berlaku sekali lagi hanya dalam tempoh seratus tahun), menjadikan ia
satu tarikh permulaan yang baik dan dikatakan membawa tuah untuk
perkahwinan dan menjadi tarikh ulang tahun yang mudah diingat.
Bagi Kelly
Liang, 30, dan Alex Choi, 31, tarikh perkahwinan 12-12-12 memang
dirancang oleh mereka sambil berkata nombor ini adalah nombor bertuah
mereka.
Pengurus
jualan di hotel di Pulau Pinang ini berkata, dia dilahirkan pada 12
Februari manakala hari lahir Choi adalah 10 Disember, sambil menambah
pertemuan pertama mereka juga berlaku pada tengah hari.
“Dia
kemudiannya menjadi pelanggan saya. Kami sedar nombor 12 sentiasa
penting bagi kami berdua jadi kami mahu menjadikan tanggal 12 sebagai
hari istimewa kami,” kata Liang.
Bagi Bamani Lingam, 27, dan Thevendran Sakruvathy, 31, mereka telah dicadangkan berkahwin pada tarikh tersebut oleh pihak kuil.
“Apabila
memilih tarikh perkahwinan kami diberitahu bahawa 12-12-12 adalah
tarikh yang sangat menguntungkan untuk perkahwinan mengikut agama
kami,” kata Bamani, penolong pengurus.
Pekerja
bahagian pengedaran G.V Lekshman, 24, berkata dia akan berkahwin dengan
teman wanitanya yang berusia Sugumar Sharon, 24 pada 12-12-12.
“Ini
menjadi hari bersejarah bagi kami kerana tidak mungkin ada tarikh
13-13-13,” katanya. “Kami ingin melakukan sesuatu yang sentiasa menjadi
ingatan, yang kita boleh bercakap tentangnya pada masa depan.”
Sementara itu, jurucakap di Jabatan Pendaftaran Negara berkata pihaknya
telah bersedia untuk menghadapi hari tersebut.
Acara
pendaftaran besar-besaran, katanya, akan dianjurkan di beberapa
cawangan negeri dan menjangkakan ia akan mencatatkan rekod.
“Pada 11-11-11, tahun lepas, 723 pasangan berdaftar untuk berkahwin di seluruh negara,” katanya.
Sekretariat
Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang Koay Eng Seng berkata lebih 75
pasangan telah menempah untuk mendaftarkan perkahwinan mereka pada
12-12-12, sambil menambah lebih ramai pasangan dijangka berbuat
demikian.
“Tidak
akan ada lagi tarikh seperti ini dalam abad ini,” kata Koay, sambil
menambah rekod Dewan menunjukkan 94 perkahwinan tahun lepas, pada
11-11-11.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan