Dalam
apa-apa pertikaian pun, akhirnya kita akan merujuk kembali kepada
sejarah. Tidak kiralah apa isu pun, yang penting faktanya.
Menyelusuri
fakta-fakta sejarah itulah, satu rumusan perlu difikirkan apakah benar
kerajaan Barisan Nasional (BN) telah ?menganaktirikan? Pas suatu ketika
dulu. Atau adakah Pas sebenarnya yang ?angkat kaki? dari kerajaan BN
pada 1977 ekoran ?sifat tikam belakang?nya terhadap BN.
Di
sini saya utarakan dahulu sedutan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn
pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di
Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
?Dalam
pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana
terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan
kerusi-kerusi tambahan kepada Pas. UMNO terpaksa berbuat demikian
semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat
kerjasama UMNO dengan Pas demi kepentingan dan faedah rakyat.
Pucuk
pimpinan Pas juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di
Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.
Agaknya
mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika
sekiranya Pas meninggalkan atau dikeluarkan daripada BN. Ugutan dan
ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO
mempunyai maruahnya sendiri. Kita sering kali juga mendengar desakan
supaya pucuk pimpinan Pas mengkaji semula kedudukan Pas dalam BN.
Perkara
ini dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung Pas selama tiga
tahun berturut-turut setelah Pas menyertai gabungan besar ini.
Penubuhan
ranting-ranting Pas dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan
kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat.
Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan Pas yang meragukan.
Kita
sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan BN.
Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak yang
tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang
dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja
tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.
Ada dalam
kalangan rakyat yang menginsafi fakta sebenar Pas dikeluarkan dari BN.
Fakta ini merupakan kebenaran yang tidak seharusnya disenyapkan demi
merungkai rasa benci dan menyampah pengikut dan penyokong Pas yang
melulu terhadap BN khususnya UMNO.
Antara
punca sebenar krisis Kelantan pada 1977 adalah daripada Pas sendiri.
Malah di dalam portal Pas Pusat itu menyatakan ia bermula apabila
timbulnya rasa tidak puas hati Pas terhadap Menteri Besar Kelantan
ketika itu, Datuk Muhammad Nasir. Rakyat waktu itu tertanya-tanya
mengapa pada tahun itu, pimpinan Pas melucutkan jawatan Muhammad
sebagai Menteri Besar tanpa merujuk kepada Kerajaan Pusat terlebih
dahulu.
Yang diselindungkan Pas ketika itu ialah:
* Ada di
antara pemimpin Pas Kelantan memfitnah dan menuduh Muhammad Nasir
terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pada ketika itu UMNO-BN
tidak pernah campurtangan dalam mencorak pemerintahan Pas (ketika itu).
Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan Pas Kelantan masih
di tangan kuasa majoriti Dewan Undangan Negeri.
* Malah
pada ketika itu juga terdapat usaha dalam Pas untuk menjatuhkan
Presiden Pas (ketika itu), Datuk Dr. Mohd Asri Muda. Ia dilakukan hanya
kerana beliau adalah tokoh Pas yang bertanggungjawab membawa Pas
menyertai BN pada 1973.
* Asas
yang digunakan oleh sebahagian pemimpin Pas Kelantan (ketika itu) untuk
menolak Mohd Asri dan Muhammad hanya kerana selepas PRU 1973, Pas
mempunyai kuasa majoriti dengan 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan
tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara Pas dan UMNO.
* Dalam
tempoh 1973-1978, Mohd. Asri selaku Presiden Pas dan Muhammad dikaitkan
dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di
Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar
belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli-ahli Pas yang tidak
berpuashati dengan perpaduan Pas-UMNO.
* Krisis
Kepimpinan Pas Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati
terhadap Menteri Besar negeri itu, Muhammad Nasir. Beliau dipecat
sebagai MB Kelantan oleh pucuk pemimpin Pas Kelantan itu sendiri.
* Mohd.
Asri pula mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin Pas Kelantan
selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan
jawatan selaku Yang Dipertua Agung Pas, desakan yang datang dari
beberapa pimpinan PAS antaranya Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua
Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya
mengumumkan peletakan jawatan sebagai Yang Dipertua Agung Pas pada 23
Oktober 1982.
* Krisis Kepimpinan Pas Kelantan pada 1977 itu membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.
Apapun
Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yang dibuat oleh Pas
Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dengan alasan
yang diberi oleh Pas Kelantan itu dengan mendakwa perkara itu merupakan
soal rumah-tangga Pas.
*
Tumbangnya Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam Pas menyebabkan
berlakunya rusuhan yang dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu.
Rusuhan itu mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan
keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.
* Seperti
yang dinyatakan oleh Tun Hussein dalam ucapan beliau pada 9 Disember
1977, selaku Perdana Menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab
di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri
rusuhan di Kelantan mungkin akan merebak ke negeri-negeri lain dan
mengekang rusuhan seperti peristiwa 13 Mei berulang.
* Pada
November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang
darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh
Kerajaan Pusat.
* Rang
undang-undang Darurat Kelantan dirangka bersama menteri-menteri Pas
yang ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan
ia diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti
termasuk dari kalangan menteri Pas sendiri.
* Setelah
Kelantan di bawah Darurat, Mohd. Asri menerima tekanan dari beberapa
pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan
Ketua Dewan Ulama Pas Pusat yang dari awal begitu lantang menentang
gabungan Pas-BN.
* Hasil
dari desakan itu, Hassan Adli Arshad selaku Timbalan Yang DiPertua
Agung Pas dijadikan ?kambing hitam Pas? apabila beliau dipecat oleh
Mohd Asri yang kononnya beliau menjadi ketua menteri-menteri Pas yang
menyokong rang undang-undang Darurat.
* Malah
beberapa pimpinan Pas yang menentang gabungan Pas-UMNO ketika itu
terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan
gabungan Pas-UMNO, menentang setiap arahan dan pelaksanaan kemajuan
yang dilakukan BN di Kelantan.
*
Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil
ketiadaan disiplin pemimpin Pas ini, menyebabkan UMNO terpaksa membuka
tali yang mengabungkan Pas-UMNO.
* Rentetan
dari itu juga menyebabkan ?Krisis dalaman Pas? kepada perpecahan Pas
pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.
* Keluarnya Pas dari gabungan BN-UMNO, menyaksikan satu Pilihan Raya Kecil diadakan di Kelantan diadakan pada Mac 1978.
* Pada PRK
Mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekung yang selama ini
disimpan oleh beberapa pimpinan Pas di antaranya Nik Aziz ketika itu
terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan
sewenang-wenangnya membuktikan Pas cuba menggadaikan Kelantan.
Itulah
antara puncanya Tun Hussein pada 1977 mengungkapkan luahan hatinya yang
berkait secara langsung dengan tindakan biadab Pas tersebut. Pas
?diceraikan? selepas tidak lagi memegang aspirasi kerjasama apabila
berada dalam kerajaan BN.Sumber: Utusan Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan