Bekas
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu individu yang bertanggungjawab
meluluskan Kondominium Batu Caves sekaligus menepis kontroversi Umno BN
mengatakan kononnya pembinaan projek itu diluluskan Kerajaan Selangor
sekarang.
Mendedahkannya
pada ceramah Merdeka Rakyat di sini malam tadi, Ketua Umum KEADILAN,
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembinaan dua blok kondominium 29
tingkat berhampiran Kuil Sri Subramaniar Swamy itu mendapat kelulusan
MIC dan Umno pada 2007.
Beliau menempelak pemimpin MIC kerana menipu rakyat India, malah meletak kesalahan ke atas Kerajaan Selangor.
Ia ekoran
tindakan Samy berdemonstrasi bersama masyarakat India pada 26 Oktober
lalu kononnya membantah pembinaan kondominium tersebut.
“Samy
Vellu buat tunjuk perasaan, padahal dia yang luluskan projek pada 2007,
ingat Tuhan dia tidak tahu? Sudahlah tipu rakyat, Tuhan pun dia nak
tipu,” kata Ketua Pembangkang.
“Lepas itu mereka cabar Menteri Besar hentikan pembinaan, saya beritahu
Khalid (Ibrahim), kita jangan ikut kata mereka dulu, kita siasat, cari
siapa yang luluskan dan kita dakwa orang yang bertanggungjawab,”
tegasnya disambut tepukan gemuruh lebih 5,000 penduduk Kuala Langat.
Sebelum
ini, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar menjelaskan, kelulusan
pembinaan kondominium itu dikeluarkan oleh pihak majlis pada 31 Mei
2008 manakala ahli majlis baru di bawah Pakatan mengangkat sumpah pada 5
Julai 2008.
“MIC dah
dapat duit hasil penjualan tanah kuil dan luluskan projek yang
menyalahi peraturan alam sekitar dengan ketinggian 29 tingkat, sekarang
nak lepaskan diri tuduh kita pula, nak suruh kita bayar. Kepada rakyat
India, usahlah sokong lagi pemimpin penipu seperti ini,” kata Anwar.
Semalam di
Parlimen, Khalid mengumumkan penubuhan pasukan petugas bebas untuk
menyiasat isu berkaitan pembinaan kondominium tersebut.
“Kami mahu
tunjukkan kepada rakyat bahawa kami telus membuat keputusan, jadi kami
akan menubuhkan jawatankuasa bertindak khas yang akan diketuai seorang
bekas hakim,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan