KL TODAY
GEORGETOWN
– Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahu menyaman kerajaan pusat dan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan pilihan raya kerajaan
tempatan diadakan di kawasan penyeliaan Majlis Perbandaran Pulau Pinang
(MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
Ketua
Menteri, Lim Guan Eng berkata, plihan raya kerajaan tempatan adalah
satu perkara di bawah kelolaan negeri mengikut Jadual Kesembilan
Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Dun mempunyai bidang kuasa
untuk mengadakan peruntukan bagi mengadakan pilihan raya tempatan di
bawah Jadual Kesembilan dan Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan.
Urusan mengadakan pilihan raya tempatan merupakan salah satu perkara dalam manifesto pilihan raya umum 2008.
“Pada
bulan Mei 2012, Dun Pulau Pinang meluluskan Enakmen Pilihanraya
Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) 2012, yang
memperuntukkan supaya SPR menjalankan pilihan raya kerajaan tempatan di
Pulau Pinang.
“Kerajaan
negeri memaklumkan kepada SPR bahawa enakmen berkenaan akan berkuat
kuasa pada 31 Januari 2013 tetapi gagal menerima sebarang komitmen
daripada SPR untuk melaksanakan pilihan raya bagi MPPP dan MPSP,”
katanya dalam kenyataan media hari ini.
Beliau
berkata, peguamnya diarah memohon kepada mahkamah persekutuan untuk
memberi keizinan bagi mendapatkan pengisytiharan mengenai Seksyen 15
Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang memansuhkan pilihan raya kerajaan
tempatan di seluruh Malaysia.
Menurutnya,
ia tidak sah atau tidak berkuat kuasa di Pulau Pinang dan enakmen 2012
yang diluluskan Dun Pulau Pinang sebagai sah dan memperuntukkan bagi
SPR menjalankan pilihan raya kerajaan tempatan di Pulau Pinang.
“Kerajaan
negeri akan bersama bekas Presiden Aliran, P Ramakrishnan akan
memfailkan saman ini dalam tempoh dua minggu,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan