HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Februari 2013

Bumburing: Manifesto PR angkat rakyat keluar dari cengkaman BN

MALAYSIA CHRONICLE


SHAH ALAM- Bekas Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun KadazandusunbMurut Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Bumburing menyifatkan manifesto Pakatan Rakyat yang dilancar hari ini sebagai memenuhi impian rakyat khususnya di Sarawak.

Bercakap ketika mengulas pembentangan tawaran yang dinamakan 'Manifesto Rakyat" di Konvensyen Pakatan Harapan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Tuaran itu berkata, tawaran Pakatan Rakyat apabila menjadi kerajaan ini jelas mengangkat martabat rakyat.

"Manifesto ini mengangkat rakyat dan mengeluarkan rakyat dari cengkaman dan penindasan BN setengah abad," katanya yang keluar dari BN dan menyertai PR pada Julai tahun lalu.

Beliau juga berkata, Manifesto Rakyat sekaligus menjanjikan perubahan kepada Malaysia.

"Manifesto ini akan memberikan perubahan kepada Malaysia dan mewujudkan satu semangat kekitaan dan mewujudkan perasaan 'ini ialah negara kita'," katanya di hadapan 1,500 perwakilan.-harakahdaily

Tiada ulasan: