HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Februari 2013

This is the time' dan inilah waktunya - Azmin Ali

Azmin Ali
'This is the time' dan inilah waktunya - Azmin Ali

Rakyat Malaysia telah melalui 12 kali pilihan raya umum. Sekiranya ada satu kesempatan untuk menang, this is the time dan inilah waktunya.

Dari Perlis sampailah ke Sabah, baik petani, nelayan, guru, usahawan hinggalah para Jenderal, kini semuanya bersama Pakatan Rakyat. Kita bertuah, orang seperti Lt. Jen. (B) Dato' Abdul Ghafir turut bersama dan akan menyampaikan ucapan sebentar lagi.

Rakyat menaruh harapan yang tinggi agar Pakatan Rakyat menjadi wahana perubahan yang lebih baik buat Malaysia. Mereka mahu Pakatan Rakyat menunaikan cita-cita perubahan.

Kita perlu sedar bahawa muafakat yang kukuh ini lahir dari citra perjuangan rakyat Malaysia yang bangkit memusnahkan tembok hegemoni perkauman UMNO. Pilihan Raya Umum 2008 menyaksikan orang Cina dan India secara terang mengibarkan panji PAS. Belum pernah anak Melayu dengan berani mengibarkan panji DAP. Begitu juga belum pernah sebuah parti politik pelbagai kaum seperti KEADILAN yang mendapat dukungan sebegitu besar rakyat di negara ini.

Kita perlu siap siaga untuk mara ke medan tempur sebagai satu saf yang rapi serta tersusun sebaik sahaja semboyan perang dibunyikan.

Pertempuran kali ini adalah di antara rakyat dan elit penguasa. Antara yang mempertahankan hak dan yang melindungi kebatilan.

Saya optimis bahawa dalam pertempuran kali ini kemenangan akan bersama rakyat. Dan kini, kita telah berada di pusingan terakhir, at the last lap.

Kerana itu kita tidak boleh melakukan kesilapan kerana ia seakan mengkhianati cita-cita perubahan dan sengaja mengkhianati amanah rakyat Malaysia

Muafakat politik yang kukuh ini bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia seluruhnya. We have the courage to be the true progressive. Kita berani mengungkapkan Agenda Ekonomi Malaysia untuk menggantikan Dasar Ekonomi Baru. We are fully committed to policies that is not based on race but on needs. Ini adalah etika muafakat Pakatan Rakyat yang sejajar dengan citra massa. Ini menjadi kewajipan kepimpinan dan anggota demi merealisasikan aspirasi rakyat.

Ikhtiyar progresif ini berhasrat memerdekakan rakyat bukan sahaja dari belenggu dasar ekonomi yang usang akan tetapi lebih bermakna kerana kita memerdekakan pemikiran yang sekian lama dijajah. Let us together dismantle racist agenda in our country.

Kita mesti berpandangan jauh. Kita mesti berjiwa besar. We must win big. Carpe diem ! We must seize the moment !

Pakatan Rakyat bukan sekadar untuk PRU ke 13 semata - semata. Muafakat kita bertunjangkan hasrat untuk melaksanakan perubahan. Muafakat Pakatan Rakyat adalah untuk menjayakan cita - cita rakyat Malaysia yang bersaudara serta ekonomi rakyat.

Hanya kemenangan hasil dari muafakat ini akan memastikan pembentukan sebuah Kerajaan kukuh. A sustainable and durable government.

Menggalas semangat bersama yang semakin kuat dan utuh ini, Pakatan Rakyat menyertai pilihan raya kali ini dengan persiapan yang begitu rapi.

Pertama, Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang digariskan dalam Buku Jingga menjadi asas yang mengikat persefahaman dalam muafakat politik ini.

Kedua, kita luncurkan pada hari ini manifesto 'Pakatan Harapan Rakyat' yang menjadi tawaran terbaik buat masa depan negara.

Pakatan Rakyat menampilkan kepimpinan yang jelas dan berwibawa seumpama Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz, YB Ustaz Abdul Hadi, YB Lim Kit Siang yang pastinya diterajui oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Kepimpinan yang bersih, tidak rasuah, menolak perkauman sempit, berupaya memacu kemakmuran negara dan istiqamah dalam perjuangan adalah aset Pakatan Rakyat biarpun terpaksa membayar harga yang mahal dengan meringkuk dalam penjara.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah the centre of gravity. Pengalaman beliau mentadbir serta hubungan baik beliau di peringkat antarabangsa dengan pimpinan negara mahupun pimpinan gerakan Islam seluruh dunia menjadi ketakutan rejim korup UMNO - BN.

Kebijakan yang digarap melalui Buku Jingga, Belanjawan Pakatan Rakyat dan hari ini kita luncurkan manifesto bersama serta dukungan kuat rakyat Malaysia membuktikan bahawa Pakatan Rakyat will dictate GE 13 with our agenda.

Bersandarkan kekuatan dan keyakinan ini, tidak perlu untuk saya bertanya are you ready?

Akan tetapi saya tampil dan berdiri dengan tekad dan berani untuk menyatakan that we are ready. We are ready to govern this nation.

Ayuh kita mara ke Putrajaya dengan iltizam untuk melakar masa depan baru demi Malaysia yang gagah !

Azmin Ali ialah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat

Tiada ulasan: