HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Februari 2013

Kepimpinan Pakatan Rakyat terbaik dalam sejarah rantau ini – Anwar

Oleh Sidiqin Omar

SHAH ALAM : Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia dan rantau ini, sebuah gagasan politik terdiri barisan kepimpinan terbaik seperti dipunyai Pakatan Rakyat, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dari segi moral dan integriti, kita ada contoh terbaik, Tuan Guru Nik Aziz (Nik Mat). (Kemudian), Lim Guan Eng yang mempertahankan prinsip dan Tan Sri Khalid (Ibrahim), contoh tokoh pentadbiran yang mencatat rekod surplus simpanan RM2.6 bilion (di Selangor).

Anwar lagi

“Mana (ada) Menteri Besar di negara ini yang mampu bertahan dengan serangan kuat, (dalam masa sama) beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat?” soal Anwar.

“Angka terakhir dalam keadaan ekonomi Malaysia yang sakit dengan defisit parah, Tan Sri Khalid mencatat lebihan RM2.6 bilion,” kata Penasihat Ekonomi Negeri Selangor itu.

“Siapa dalam Umno boleh cabar? Mana boleh mereka saingi kecekapan, kebersihan dan ketelusan (pemimpin Pakatan)? Tak ada. Ini kekuatan kita. Kalau pada 2008 kita janji. Dalam PRU ke-13 kita buktikan,” katanya.

“Kita ada cadangan (manifesto) yang Najib kata muflis. Bila kita cadang (debat), (Menteri Penearangan) Rais Yatim kata (debat) bukan budaya kita,” kata Anwar disambut ketawa hampir 2,000 perwakilan pada Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Anwar merakam penghargaan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Himpunan Hijau, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Jemaah Islah Malaysia (KIM) dan NGO tanah adat di Sabah dan Sarawak yang membawa agenda perubahan dan reformasi.

“Mereka banyak membantu dengan memberi penjelasan dalam banyak isu. Terima kasih,” katanya.

Tiada ulasan: