MSTAR ONLINE
Orang
ramai berkunjung ke majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
di Masjid Muhammadiah, Taman Tasek Jaya, Ipoh. Masjid
Muhammadiah atau Masjid Cina Muslim dibuka untuk jemaah
pada 4 Ogos 2013 bersamaan dengan 27 Ramadan 1434H.
Pembinaan masjid itu adalah hasil kerjasama jawatankuasa
Masjid Lama Muhammadiah bersama pihak Persatuan Cina
Muslim Malaysia (Macma), Ipoh. -fotoBERNAMA

MASJID Muhammadiah merupakan masjid pertama di negeri Perak yang dibina sepenuhnya berkonsepkan seni bina dan budaya Cina selain mempunyai persekitaran yang unik dan indah, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
"Pembinaan Masjid Muhammadiah dengan kos RM4 juta itu merupakan mercu tanda kepada rakyat di Perak yang mana masyarakat Islam di sini terdiri daripada pelbagai kaum.
"Masjid yang menjadi tarikan pelancong itu juga dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara," kata Zambry ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di masjid itu di Taman Tasek Jaya, Ipoh, baru-baru ini.
Majlis Bandaraya Ipoh juga diarah membina landskap untuk memperindahkan persekitaran masjid itu.
"Fasa kedua dengan kos RM3 juta melibatkan pembinaan pusat dakwah, pendidikan, dewan serbaguna dan perpustakaan. Pembinaannya dijangka bermula awal tahun depan," katanya.
Dewan solat wanita di bahagian atas boleh menempatkan 200 jemaah manakala ruang solat di bahagian bawah mampu memuatkan 800 orang. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan