KLPOS.COM
KUALA LUMPUR: Lebih 3,000 bekas pemimpin pusat, cabang dan ahli PKR
akan menubuhkan bilik gerakan khas bagi menggerakan kempen menentang
Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan
Negeri (DUN) Kajang.
Bekas Pengasas PKR, Ng Lum Yong berkata penubuhan bilik gerakan itu
sudah dimuktamadkan menerusi perbincangan baru-baru ini dan pihaknya
akan memulakan kempen seawal 10 Febuari ini.
Katanya, fokus kempen antara lain untuk menyedarkan pengundi lain untuk
menyedarkan pengundi di DUN Kajang mengenai keperibadian Ketua
Pembangkang itu dan retorik sebenarnya dalam memanipulasi isu termasuk
cubaan mengalihkan perhatian rakyat daripada mengikuti kes liwat yang
sedang dihadapinya.
"Sekarang ini kita masih meneliti kawasan strategik yang akan
dikunjungi jentera kempen. Semua kampung dan penempatan akan dimasuki
bagi sesi penerangan hal sebenar mengenai politik Anwar.
"Selain penerangan dan ceramah, bilik gerakan ini akan menjadi pusat
maklumat kepada mana-mana pengundi untuk mengetahui mengenai PKRselain
menjawab isu dan fitnah kosong yang dilemparkan pembangkang," katanya
dipetik Berita Harian.
Antara pemimpin yang akan menyertai bilik gerakan itu ialah bekas ahli
Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Nordin, ahli Dewan Negara,
Senator Ezam Mohd Noor serta bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar
Shaari.
Mengulas lanjut, beliau berkata PRK kali ini jelas manipulasi terancang
yang diatur untuk menutup pelbagai kelemahan dalam pentadbiran PKR di
Selangor.
Justeru, rakyat wajar disedarkan mengenai kemelut itu dan jangan lagi
mudah percaya dengan sandiwara politik songsang yang dibawa Anwar.
"Saya kenal sangat dia (Anwar) ini, sebab itu dia boleh arah sesiapa
saja letak jawatan untuk membolehkan dia bertanding walaupun di Selangor
Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) lebih berkuasa kerana dia adalah
Pengerusi PKR negeri," katanya lagi.
Sementara itu, Anuar berkata tindakan Anwar menawarkan diri menyertai
kepimpinan Selangordilihat seperti 'ketam mengajar anaknya berjalan
betul'.
Anwar dibelengu masalah moral yang cukup serius dan tiada kredibiliti
langsung untuk menyelesaikan kemelut Selangor. Malahan campur tangan dia
di negeri itu bakal meranapkan Selangor kerana Anwar lebih utamakan
kepentingan diri daripada kepentingan rakyat," tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan