WFAUZDIN NS
AHMAD Maslan tanpa berselindung dan rasa malu akhirnya mengaku Umporno
sememangnya sudah tiada modal atau idea untuk menghadapi PRK Dun Kajang
nanti, kecuali LUCAH dan SEKS diadunkan dengan resepi FITNAH. Itu saja
modal yang ada, katanya.
Isu Liwat Anwar akan dijaja semula di Kajang. Rakyat di Kajang yang
selama ini anak-anak mereka belajar mengaji bab ugama berpeluang untuk
menambah ilmu buat anak-anak Melayu Islam ini mengetahui apa itu Liwat.
Umporno berjasa membawa ilmu ini khas buat anak Melayu Islam Kajang.
Kaum Cina tidak pandang pun isu ini, kaum Cina standard pemikiran mereka
jauh ke hadapan. Cerita karut marut lucah apatah lagi berbentuk fitnah
seperti ini kaum Cina akan buat bahan pencuci najis mereka sahaja
seperti mereka lakukan kepada akhbar Utusan meloya.
Kaum Melayu Islam di Kajang penting untuk mengetahui apa itu Liwat.
Betul atau tidak, bertepatan dengan hukum Islam atau tidak, itu tidak
penting buat Umporno. Yang pentingnya rakyat Kajang terutamanya kaum
Melayu Islam mesti di'kangkung'kan dengan bahan berita lucah ini.
Apakah rakyat Kajang sanggup terima "makanan haram' yang ditawarkan
kepada mereka oleh Umporno? Permulaannya fitnah seks ini telah pun
bermula di media sekarang. Bahan ini akan mereka sampaikan ke setiap
telinga rakyat Kajang agar rakyat Kajang terus buta hati dan mata
seperti mereka. Kalau masuk Neraka pun akibat fitnah ini, biarlah
sama-sama kita masuk, itulah anggapan Umporno kepada rakyat Kajang.
Sebab itu, kehebatan Umporno di dalam bab lucah ini tiada siapa boleh
lawan. Blogger Papagomo lebih tahu selera Umporno, sebab itu Papagomo
makan hasil tangan Umporno untuk mencipta fitnah seks terhadap Anwar.
Malangnya, Papagomo hilang telor bila dibawa ke mahkamah. Tidak berani
berdepan dengan Anwar walaupun sepatah kata untuk mengatakan Anwar kaki
liwat. Mana dia berani? Dia tahu, apa yang dia tulis selama ini hanya
modal untuk cari makan kasi anak bini mentekedarah. Berkatnya hasil
cari makan seperti itu, akhirnya rumahtangga hancur. Bercerai
berai,bini entah ke mana, anak pun tidak tentu arah. Itulah berkatnya
hasil suapan Papagomo selama ini kepada keluarganya. Semuanya berpunca
dari Umporno.
Ahmad Maslan semua kita tahu seorang yang bangang lagi jahil terutama
dalam bab agama. Kalau Najib kangkung jahil tidak tahu bab Najis
Mughallazah. aku rasa Ahmad Maslan ni mandi wajib pun dia tak tahu.
Tidak percaya cuba tanya dia rukun mandi wajib. Jadi, pelik juga kalau
orang Kajang boleh ikut telunjuk orang bodoh macam ini. Kalau setakat
bodoh itu tidak mengapa, tetapi bodoh dan sesat. Sudah lah bodoh, sesat
dan menyesatkan orang lain.
Buat orang Kajang, janganlah letakkan maruah anda setaraf dengan maruah
kangkung Ahmad Maslan. Murah sangat. Tidak berbaloi dibakar api neraka
hanya kerana ikut telunjuk Ahmad Maslan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan