HALAMAN SANTAI

Sabtu, 1 Februari 2014

'Guna PRK demi kuatkan demokrasi patut digalakkan'

MALAYSIAKINI





Penggunaan Pilihan Raya bagi mendapatkan kelebihan politik 'menguatkan demokrasi' sepatutnya digalakkan kata Naib Presiden PKR N Surendran.

Beliau berkata menjadi hak kepada parti politik untuk kembali kepada rakyat sebagai sebahagian strategi politik mereka sama ada melalui pilihan raya kecil (PRK) atau pilihan raya umum (PRU).


"Banyak kritikan (yang diberi) adalah spontan, tidak kuat dan menunjukkan kurangnya pemahaman politik parti dan pilihan raya," kata Surendran dalam kenyataan hari ini.

Pengumuman PKR Selasa lalu bahawa Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di Kajang selepas peletakan jawatan Lee Chin Cheh mendapat kritikan banyak pihak yang mendakwa parti itu memanipulasikan pilihan raya untuk berkuasa.

"PRK adalah cara yang baik untuk rakyat menunjukkan pendapat mereka. Strategi PRK yang dilakukan dengan teratur menguatkan lagi demokrasi.

"Para pengkritik 'gerakan Kajang' gagal melihat demokrasi moden tidak mampu berfungsi secara berkesan tanpa desakan dan gerakan parti politik bagi mencari kelebihan. Kelebihan politik ini dicari melalui pelbagai kaedah yang dibenarkan termasuk PRK," kata beliau.

Surendran yang juga ahli Parlimen Padang Serai dan seorang peguam berkata Artikel 51 Perlembagaan Persekutuan turut ditulis bagi membenarkan PRK sebagai strategi kerana ia membenarkan seorang wakil rakyat meletak jawatan tanpa syarat dan kelayakan.

"Memaksa PRK sebagai strategi politik ini turut diamalkan di banyak negara demokrasi matang.

“Pada tahun 2008, ahli Parlimen UK David Davis meletakkan Jawatan di House Of Commons bagi memaksa satu PRK diadakan bagi memfokus perhatian terhadap kebebasan awam.

“Dan pada tahun 1986, semua wakil rakyat Unionist meletakkan jawatan dari Parlimen UK sebagai strategi politik," kata beliau.

Tiada ulasan: