WFAUDZIN NS
NOH Omar atau lebih popular dengan gelaran "Noh Udang" adalah tokoh Umno yang sedang berusaha kuat untuk mencipta nama agar kelihatan lebih hebat dan berwibawa terutamanya di Selangor.
Beliau tahu isu Kalimah Allah di Selangor adalah satu senjata terbaik
untuk merealisasikan hasratnya untuk mencipta nama. Maka, keluarlah
dari mulutnya cabaran untuk berdebat dengan sesiapa sahaja dari
Pembangkang berkaitan isu tersebut. Bagai orang mengantuk disorongkan
bantal, tidak sampai 24 jam cabaran beliau disambut oleh MP Shah Alam,
YB Khalid Samad. Akhbar Sinar mengumumkan bersedia menjadi Penganjur
dan tarikh, masa dan tempat telah ditetapkan.
Seperti dijangka ramai pihak, akhirnya debat dibatalkan kononnya
sensitif. Jika benar sensitif, mengapa media mereka dibenarkan
memainkan isu ini siang malam? Mengapa sewaktu Noh Udang membuat
cabaran debat sebelum ini tiada pihak yang membuat bantahan atas sebab
isu ini sensitif?
Mengapa apabila cabaran itu disambut baru keluar suara-suara bantahan? Jelas pada kita sandiwara Noh Udang yang memang semua tahu beliau bukannya tokoh yang berani sangat. Dia pun buat lawak kononnya amat kesal tidak dapat berdebat dengan YB Khalid. Drama lucu oleh pelakon otak udang.

Sandiwara berlaku lagi. RTM pula jemput Noh Omar berdebat dengan Ketua
Pemuda PAS, Sdr Suhaizan Kayat yang telah diadakan malam tadi. Tajuk
debat adalah berkaitan isu di Dun Kajang. Sifirnya mudah, puak mereka
mahu lihat Pemuda PAS belasah PKR di dalam isu ini dan Noh Omar tentunya
ingin membuat provokasi. Malang sekali lagi, Noh udang tetap Noh
udang. Beliau tidak hadir lagi. Anjuran RTM, sekutu Umno pun beliau
tidak mahu hadir. Jadi, jangan terasa jika orang Umno pun kata beliau
bacul dan memalukan Umno.
Terbaru, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pula tampil untuk menjadi
penganjur perdebatan yang dibatalkan oleh Sinar baru-baru ini. Tajuk
yang sama, pendebat juga yang sama iaitu YB Khalid Samad dengan Noh
Omar. YB Khalid Samad telah pun bersetuju untuk hadir debat tersebut
walaupun tarikh belum ditetapkan. Kini bola di kaki Noh Omar. Ke mana
Noh Omar mahu lari lagi?
Di saat menjelang PRK Dun Kajang, maruah Umno Selangor kini terletak pada tokey udang berkenaan. Ahli Umno akan lihat sendiri apakah drama lawak bodoh Noh Omar selepas ini? Apakah alasannya kali ini?
Di saat menjelang PRK Dun Kajang, maruah Umno Selangor kini terletak pada tokey udang berkenaan. Ahli Umno akan lihat sendiri apakah drama lawak bodoh Noh Omar selepas ini? Apakah alasannya kali ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan