HALAMAN SANTAI

Sabtu, 1 Februari 2014

PRK Kajang : PR tidak guna formula komposisi kaum

SELANGOR KINI


SHAH ALAM- Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah mengamalkan pembahagian kerusi mengikut komposisi kaum dalam menempatkan calon untuk bertanding ketika pilihan raya seperti yang diamalkan Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden PKR, Tian Chua, berkata wakil rakyat PR mewakili masyarakat Malaysia berbilang bangsa dan agama bukan tertumpu kepada kaum tertentu sahaja.

Katanya, pengunduran bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh baru-baru ini tidak bermakna suara kaum cina di dalam Dewan Negeri Selangor (DNS) akan berkurang.

“Kita tidak ada wakil rakyat Cina yang kita ada wakil rakyat Malaysia, bahkan tidak pernah bincang berkenaan isu Cina atau Melayu kerana apa yang dibincangkan adalah isu rakyat.

tian chua pc pkr 01“Saya sendiri bertanding di kawasan yang majoriti pengundinya Melayu, tetapi menang juga. Wakil rakyat PR adalah wakil untuk semua.

“Pemilihan calon mengikut komposisi kaum berlaku untuk MCA dan MIC dalam BN dan bukannya PR,” katanya yang dipetik daripada portal Free Malaysia Today.

Terdahulu, Speaker DNS, Hannah Yeoh mengumumkan perletakan jawatan Chin Cheh dalam satu surat bertulis yang dihantar secara peribadi kepadanya.

Tidak lama kemudian, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai calon menggantikan tempat Chin Cheh.

Tiada ulasan: