PUCHONG: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan
wartawan mengajukan soalan kepada pemimpin Umno yang menaja pengendali
Blog Papa Gomo, Wan Muhammad Azri Wan tentang isu bayaran pampasan saman
fitnah.
"Jangan tanya saya, tanya pemimpin Umno yang taja dia," katanya ringkas pada sidang media hari ini.
Semalam, Wan Muhammad Azri memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
yang beliau kini seorang nelayan dan hanya mampu membayar RM100 sebulan
kepada Anwar sebagai pampasan setelah disabit kesalahan memfitnah
pemimpin itu.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Azri untuk mendapatkan
persetujuan Anwar sendiri terhadap bayaran pampasan RM800,000 kerana
didapati bersalah memfitnah Anwar dengan meletakkan imejnya dalam video
seks.
Hari ini Rosilah menolak permohonan Wan Muhammad Azri dengan kos
RM5,000, di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahid Adli yang mewakili
Anwar dan Wan Muhammad Azri, yang mewakili diri sendiri.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop menetapkan 24 Jun
sebagai tarikh pengurusan kes di depan timbalan pendaftar Mahkamah
Rayuan.
Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang
dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo
dan menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.
Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun
lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa
Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog
berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan