MALAYSIAKINI
Gabungan NGO BERSIH menyelar kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak menyanjung "keberanian" kumpulan pengganas Iraq, Islamic State of
Iraq and Levant (ISIS) melalui satu ucapan kepada anggota Umno, Isnin
lalu.
Menurut BERSIH, kenyataan Najib itu merupakan ancaman kepada sistem
demokrasi berparlimen kerana ISIS melakukan kekejaman dan perbuatan
tidak berperikemanusiaan.
"Pujian Najib ke atas ISIS merupakan serangan ke atas kemanusiaan dan
ketamadunan. Seruannya untuk mencontohi (ISIS) adalah bisikan halus
untuk mengamalkan politik berdarah.
"Ini satu perkara memalukan di peringkat antarabangsa bagi Malaysia dan
juga rakyatnya kerana perdana menteri memuji kumpulan pengganas atas
tindakan jenayah yang dilakukan," kenyataan BERSIH dipetik.
1 ulasan:
Najib bagus Berani @ Isis adalah tentera suci dr khorasan mrk tgh mara siapkan utk sama2 Mahdi penaklokan jurosalam nanti keganasan isis tu mungk
Catat Ulasan