PULAU TIOMAN: “Jika sesiapa yang boleh terselamat, saya merasakan ia adalah Gareth," kata ibu kepada pelancong Britain, Gareth Huntley yang hilang.
Janet Southwell yang tiba di Pulau Tioman, bersama bapa Huntley dan dua lagi temannya pada pagi Isnin berkata, dia amat berharap operasi menyelamat akan mencari anak lelakinya yang masih hidup.
"Selepas menerima macam-macam mesej mengenai apa yang berlaku di sini, kami mahu tahu apakah yang sedang berlaku. Tetapi selepas melihat usaha-usaha yang dilakukan untuk mencari anak saya... saya begitu yakin.
"Dia (Huntley) bukan di gurun, dia tidak akan cedera kerana bahang matahari. Dia mungkin mengalami kecederaan dan tidak jumpa jalan keluar. Tetapi dia sentiasa kuat dari segi fizikal dan mental. Saya rasa dia tahu bagaimana untuk menanganinya.
"Apabila mereka menjumpainya nanti, saya rasa dia mahu berjumpa dengan ibunya," kata Southwell di pangkalan operasi mencari di Kampung Juara, kira-kira 4 kilometer dari air terjun Lubuk Teja yang dikunjungi Huntley.
Keluarga Huntley sebelum ini mengkritik tindakan penyiasatan yang perlahan tetapi kemudiannya berpuas hati dengan penerangan yang diterima daripada Ketua Polis Daerah Rompin, Timbalan Superitendan Johari Yahaya pada Isnin.
Beliau berkata, dia berasa yakin dan berterima kasih kepada polis dan penduduk kampung yang membantu dalam sebahagian misi pencarian.
Bagaimanapun, dia masih tertanya-tanya apakah yang berlaku sebenarnya.
"Saya tidak percaya apabila mengetahui dia hilang, saya hanya fikir ia tidak benar. Ia sesuatu yang menyedihkan untuk memikirkan apa yang dia sedang hadapi," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan