KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membantah tindakan penggantungan terhadap Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran selama enam bulan berkuat-kuasa hari ini.
Surendran pernah digantung pada November lalu dan baru beberapa hari tamat dari penggantungan itu.
Usul itu berkaitan sidang media Surendran Isnin lalu yang mendakwa Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyekat suara pembangkang di Parlimen apabila menolak usul yang dibawa beliau pada 16 Jun.
Surendran juga didakwa membuat tuduhan bahawa Dewan Rakyat bersifat "authoritarian" yang tidak memberi hak bersuara kepada Pakatan Rakyat.
Usul tersebut diluluskan Ronald Kiandee selepas melihat ahli-ahli parlimen tidak berminat untuk membahaskan usul tersebut.
Keptusan itu bagaimanapun dibantah ahli parlimen Pakatan Rakyat yang tidak berpuas hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan