Roketkini.com
GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang sama sekali
tidak akan tunduk kepada tekanan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid
Abu Bakar, yang seperti bertegas ingin memerangi Pasukan Peronda
Sukarela (PPS).
“Kerajaan Negeri tidak akan tunduk sama sekali dengan ugutan KPN.
“Kita berani bukan kerana kita kuat. (Malah) kita lemah.
Saya tahu beliau berani kerana ada kekuatan – 120,000 anggota polis.
Untuk itu, saya ucap syabas kepada beliau.
“Walau pun kerajaan negeri tiada kekuatan seperti beliau,
kita tidak akan tunduk kerana satu nilai, iaitu kebenaran,” kata Ketua
Menteri Lim Guan Eng ketika ditemui wartawan di luar Ibu Pejabat Polis
Timur Laut di sini, pagi tadi.
Selepas penahanan 154 anggota PPS yang menyertai perarakan
sempena ulang tahun kemerdekaan, polis bertindak menahan Exco
bertanggungjawab terhadap pasukan itu, Phee Boon Poh.
Phee disoal siasat selama empat jam, malah turut ditahan di dalam lokap.
Guan Eng terpaksa berada di Ibu Pejabat Polis sehingga jam
tiga pagi semalam, bagi merayu pelepasan tujuh wanita dan 13 anggota PPS
yang berusia lebih 60 tahun. Seramai tiga anggota lagi dihantar ke
hospital ekoran masalah kesihatan.
“Mereka tidak lakukan sebarang kesalahan,” katanya yang jelas kecewa dengan apa yang berlaku.
‘Giliran saya bila?’
Guan Eng turut bertanya sama ada beliau akan turut
ditangkap berikutan kenyataan Khalid sebelum ini yang memberi amaran
akan menyerbu kediaman anggota PPS jika tidak ingin menyerahkan diri.
“Bila pula giliran saya untuk ditangkap? Saya tunggu beliau,” kata Guan Eng lagi. – Roketkini.com
Setiausaha Agung DAP itu turut mencabar Khalid agar
berdebat dengannya secara terbuka, jika benar-benar yakin dengan
tindakannya ‘memerangi’ PPS.
“Kalau beliau rasa berada di pihak yang benar, saya cabar mari kita buat perbahasan terbuka,” ujarnya. – Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan