MSO
Kurang cerat (pasti) pula kita siapa yang belajar dengan siapa
dalam menjawab ataupun membuat kenyataan politik bagi menyuci tangan
antara Pemangku MB Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah dengan Perdana
Menteri Najib Razak.
Cara kedua-dua mereka menjawab persoalan politik, berhujah untuk menyuci
"muncung" mereka seakan-akan sama sahaja ini menyebabkan kita beranggap
mereka berdua berguru dengan mahaguru sama dan betapa digunung atau gua
yang sama pula.
Saya ambil contoh, mula-mula daripada Nik Amar, yang mudah mengatakan
kalau Pas Kelantan kalah dalam pilihan raya akan datang sehingga hilang
kerajaan, parti Amanah kena bertanggungjawab termasuk menjawab kepada
Allah di padang Mahsyar. Nik Amar menggelarkan Amanah sebagai
pengkhianat, dan yang baiknya tentulah dia (Pas).
Nik Amar meletakan seratus peratus bebanan dan bahana bakal diterima Pas
kerana bergaduh sesama sendiri itu kepada Amanah. Yang anih dan
peliknya beliau tidak sepatah pun menyebut Umno dan BN juga
bertanggungjawab, di mana sudah pasti kalau Pas kalah yang menangnya
nanti mungkin juga Umno.
Apakah Nik Amar mengira kalau Pas kalah dan kerajaan peninggalan Tokguru
lenyap ia akan diganti oleh Amanah? Mungkin juga Nik Amar sudah membuat
kesimpulan awal dengan senario dan perkembangan berlaku di Kelantan
ini, Pas akan kehilangan kerajaan dalam pilihan raya akan datang.
Apa lagi beliau juga sedikit pun tidak meletakkan bebanan dan kehilangan
kerajaan itu nanti kepada Pas; kelemahan pentabirannya yang kini sedang
hebat dipersoalkan. Nik Amar menganggap Pas atau kerajaan Kelantan
selepas ketiadaan Tokguru Nik Aziz masih sempurna dan tidak ada apa-apa
kepincangan atau masalah sehingga mungkin berlaku apa yang dibimbangi
itu.
Apakah apabila Nik Amar telah meletakkan kesalahan itu kepada Amanah
bahawa dia sudah dapat menghidu nasib kerajaan Pas Kelantan selepas ini?
Dan formula dipakai Nik Amar untuk menyelamatkan diri dan menyalahkan
pihak lain itu, tampaknya diguna sama oleh Najib dalam menyucikan
dirinya daripada terpalit dengan skandal dialami oleh syarikat pelaburan
negara 1MDB.
Najib ketika menjadi persoalan itu dibangkit di Parlimen yang ingin
mengetahui sejauh mana beliau selaku pengerusi lembaga pengarah
bertanggungjawab dengan segala urusan 1MDB, memberi tahu beliau tidak
ada apa-apa fungsi terhadap lembaga berkenaan.
Katanya semua keputusan dan urusniaga 1MDB dibuat oleh CEO dan Lembaga
Pengarah. Senang dan mudah Najib menjawab. Jawaban itu menyerlahkan
kebodohan besar Najib selaku PM kerana menjadi penasihat tetapi
nasihatnya tidak diambil atau beliau memberi nasihat.
Mungkin jawaban dan penjelasan Najib dan Nik Amar itu diterima oleh
budak-budak di Taska, Taski dan Pasti, tetapi bukan oleh budak-budak
universiti. Apa guna Najib menjadi penasihat kepada lembaga berkenaan
kalau beliau tidak mempunyai apa-apa fungsi dan peranan? Apakah beliau
telah mewakilikan kepada individu lain untuk memantau atau mendengar
semua taklimat oleh lembaga pengarahnya termasuk mengenai urusan
niaanya? Boleh jadi. Dan kalau ia siapakan individu menjadi nominee
kepada Najib itu.
Kalau pun Najib hendak melepaskan diri daripada masalah dan skandal yang
membelenggu 1MDB dimana isunya menjadi sebutan di seluruh dunia itu,
gunalah alasan atau teknikal atau alasan lain. Jangan menggunakan
formula sama diambil oleh Nik Amar.
Kalau Nik Amar dilihat dangkal dengan hujahnya untuk menyalahkan Amanah,
masakan Najib sebagai PM, juga menggunakan formula yang sama bagi
menggambarkan dirinya bersih dan segala dakwaan pembabitannya dengan
1MDB.
Itu sebab saya bertanya apakah Najib dan Nik Amar berguru kepada
mahasaguru yang sama dan betapa di gunung atau gua yang sama. Sebab cara
mereka menjawab dan memberi hujah sangat dangkal dan "koming" sekali
yang sekaligus menjejaskan kredibiliti mereka sebagai pemimpin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan