shahbudindotcom
Kalau mahu katakanlah mahu, Jamal!!
Tidak
usahlah berlapik-lapik di sebalik mengatakan tidak berminat dan tidak
menyenaraikan dirinya sendiri antara tujuh calon untuk bertanding di
Parlimen Sungai Besar, tetapi menyerahkan pula kepada pucuk pimpinan
sekiranya namanya dipilih juga
Ahhhh, itu dah macam mahu tapi malu....
Kalau
sebagai Ketua UMNO Bahagian beliau tidak mencalonkan dirinya sendiri
sebagai antara calon dalam pilihanraya, apa yang benar-benar
dimahukannya sebagai seorang pemimpin?
Bukanlah semua Ketua UMNO Bahagian mengimpikan mahu bertanding dalam pilihanraya dan bergelar Yang Berhormat?
Alasan
Jamal bahawa beliau hanya seorang ahli perniagaan yang ingin membantu
parti dan menyokong sesiapa saja yang bertanding ternampak tidak masuk
akal sama sekali kerana hampir semua wakil rakyat bukan saja terlibat
dalam perniagaan, bahkan lebih laju perniagaan mereka setelah bergelar
Ahli Parlimen.
Oleh itu, janganlah berlapik-lapik lagi antara mahu dan tidak mahu untuk dipilih sebagai calon.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan