HALAMAN SANTAI

Selasa, 3 Mei 2016

AUTONOMI IMIGRESEN SARAWAK SEPATUTNYA DIMANSUHKAN, HANYA MEWUJUDKAN KEANGKUHAN

shahbudindotcom

Menjawab kritikan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali bahawa negeri Sarawak bukan milik bapa Ketua Menteri, Adenan Satem, sebaliknya ia adalah milik rakyat negeri itu, Timbalan Presiden PBB, Abang Johari Abang Haji Openg jelas hanya mempamerkan keangkuhan dalam percubaan mempertahankan tindakan "bossnya" itu.

"Azmin kata Sarawak bukan negeri bapa Adenan.

"Biar saya jawab, memang Sarawak negeri bapanya (Adenan), bukan negeri bapa atau datuk kau (Azmin), " katanya.

Woii, angkuhnya....
 
 
 
 
Beginikah tingkah laku seorang pemimpin, penuh dengan keangkuhan dan kesombongan?

Setelah beberapa sekatan kemasukan dilaksanakan dan jika dibenarkan pun hanya sehingga 5 Mei saja, hari ini Nurul Izzah Anwar pula menjadi mangsanya.

Sehingga bila sekatan ini akan terus berleluasa dan dijadikan senjata oleh pihak yang takut kehilangan kuasa?

Jika tidak diberi pengajaran pada 7 Mei nanti, keangkuhan dan kesombongan itu bukan saja akan terus berleluasa, malah lebih merosakkan semangat keMalaysiaan sesama kita.

Demi kebaikan dan kesejahteraan bersama, sudah sampai masanya autonomi imigresen itu dihapuskan sama sekali. 

Sabah, Sarawak dan Semenanjung seharusnya tiada sempadan yang sengaja direka-reka. Lagi pula hanya orang Semenanjung tidak bebas mahu ke sana, tetapi mereka bebas datang ke sini bila-bila masa. 


Tiada ulasan: