shahbudimdotcom
Marah
benar para penyokong, pengampu dan pembodek Najib Razak terhadap
segelintir warga internet atau netizen yang cuba mengaitkan tragedi
kemalangan helikopter di Sarawak itu dengan Perdana Menteri dan
isterinya, Rosmah Mansor.
Bukan
saja netizan itu dikecam dan dilabel dengan macam-macam gelaran oleh
penyokong, pengampu dan pembodek tersebut, malah sebuah portal dedak
juga melabelkan mereka sebagai golongan "otak rosak".
Di bawah ini ialah antara luahan netizen itu:-
Teliti
betul-betul sama ada ia luahan "otak rosak" atau terlibat percubaan
menghina dan mempersenda mangsa kejadian helikopter malang yang tidak
berdosa itu?
Jika tidak, relakslah bro...jangan marah-marah tak tentu pasal!!
Mempersenda Najib?
Bukankah
perkara biasa bagi rakyat meluahkan perasaan kerana terlalu kecewa
kepada Najib, lebih-lebih lagi jika terlalu banyak perkara yang tak
betul daripada betul yang begitu ketara yang dilakukannya?
Adakah
meluahkan perasaan marah dan kecewa itu suatu kesalahan, terutama atas
kapasiti sebagai pembayar cukai dan pembayar gaji kepada pemimpin?
Yang
tidak boleh marah-marah ialah pemimpin sebab kedudukan mereka lebih
bergantung kepada sokongan rakyat. Sebab itu, Najib dilihat tidak
beretika apabila pernah melabelkan peneroka Felda yang menentang
kerajaan sebagai "haram jadah" tidak berapa lama dahulu.
Tetapi, kenapa warga internet ternampak begitu berleluasa cuba mempersenda dan mengaitkan tragedi itu dengan Najib dan Rosmah?
Mengapa ia tidak dikaji dan diteliti secara mendalam?
Adakah
jika Najib tidak terlibat dalam isu 1MDB dan skandal kewangan ribu-ribu
juta yang masuk ke dalam akaun peribadinya, luahan begitu masih wujud
di media sosial?
Apakah
jika Najib dan isterinya tidak dikaitkan dengan begitu banyak
pembaziran, kemewahan, pembelian barang mewah, percutian mahal, pakaian
gemerlapan, kenduri hebat dan sebagainya, maka sampai hati netizen
mempersenda mereka sebegitu rupa?
Apakah
jika Perdana Menteri kita seorang yang baik, tidak boros, tidak
bermewah, tidak suka barangan mewah, hidup sederhana, cakap serupa bikin
dan tidak terpalit dengan apa-apa skandal, mereka tetap akan dipersenda
juga?
Atau apakah jika bukan Najib yang menjadi Perdana Menteri, luahan yang sama masih tetap apa di media-media sosial?
Pokoknya,
sama ada mahu mengakui atau tidak, luahan netizen itu adalah curahan
rasa semasa dan kecewa rakyat jelata yang jelas menggambarkan mereka
sudah begitu menolak kepimpinan Najib, cuma ada yang berani menulisnya
secara terbuka dan ada yang hanya menyimpannya dalam hati.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan