KUCHING : KEADILAN berjaya mengekalkan kesemua kerusi dimenanginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2011 lalu.
Ketiga-tiga kerusi itu adalah N11 Batu Lintang, N39 Krian dan N81 Ba’kelalan.
Di N11 Batu Kitang, Calon dipertaruhkan
KEADILAN, See Chee How memperoleh 10758 berbanding pencabar terdekatnya
Sih Hua Tong yang mewakili Barisan Nasional (BN) dengan majoriti besar
4,385 undi.
Peratusan mengundi pada PRN kali ini
dilihat kurang memberangsangkan, dilaporkan hanya 58 peratus pengundi
yang layak menjalankan kewajiban mereka.
Kerusi N11 Batu Kitang mencatatkan jumlah keluar ssebanyak 62.52 peratus dari 28105 pengundi yang layak.
Ali Biju, calon dipertandingkan KEADILAN
di N39 Krian mengalahkan Kilat Beriak dari BN dengan 5388 undi,
sementara lawannya hanya memperoleh sejumlah 3748 undi.
Pengerusi KEADILAN negeri, Baru Bian
sementara itu mengekalkan kerusi dimenanginya sejak PRN-10 lalu dengan
mendapat sejumlah 2,858 undi berbanding pencabarnya Willie Liau dari BN
yang hanya mendapat 2,320 undi.
Antara kerusi panas pada PRN kali ini,
sejumlah 70.90 peratus dari 5,229 pengundi berdaftar menjalankan
kewajipan mereka, Baru mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 538
undi.
35 kawasan memperlihatkan pertarungan satu lawan satu, 28 (tiga penjuru) 12 (empat penjuru) dan lima (lima penjuru).
Seramai 1,085,087 pemilih berdaftar
layak mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka di 80 kawasan Dewan
Undangan Negeri (DUN) pada PRN kali ini dengan seramai 24,604 pengundi
awal terdiri daripada anggota tentera (15,113) dan polis (9,491) bersama
pasangan mereka mengundi awal di 79 pusat pengundian awal pada 3 Mei
lalu.
Pada PRN kali ini BN meraih majoriti dua
pertiga sekaligus berjaya membentuk kerajaan negeri Sarawak dalam
Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Manakala DAP hanya menguasai 7 kerusi DUN iaitu kurang dari apa yang diperoleh mereka pada 2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan