Shamsul Anuar Nasarah
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah menasihati parti-parti pembangkang supaya masing-masing bertanding sesama sendiri di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Katanya, relevannya tindakan itu, adalah untuk membuktikan bahawa parti mana yang kuat dan diterima oleh rakyat, selain menyubur semangat demokrasi di negara ini.
"Saya hendak nasihat kepada Pas, PKR dan Amanah ini tidak perlulah berunding sesama mereka.
Masing-masing lawan tunjukkan kejantanan masing-masing, biar rakyat tentukan siapa yang hebat sama ada Pas, PKR dan Amanah.
"Untuk apa berunding? pakat-pakat ramai bertanding akan menyuburkan demokrasi," katanya kepada media di Lobi Parlimen hari ini.
Shamsul Anuar berkata demikian bagi mengulas ketidak sepekatan parti-parti pembangkang yang masih 'bercakar' dan menentukan parti mana yang akan bertanding dikedua-dua PRK itu bagi mengelak pertembungan sesama sendiri.
Menggulas lanjut, Shamsul Anuar berkata sementara dari pihak BN, partinya sudah bersedia walaupun berlakunya pertandingan tiga penjuru dalam kedua-dua PRK itu.
"Kita akan pertahankannya, kita bersiap sedia dalam apa jua keadaaan dan saya percaya BN mampu berhadapan dengan segala cabaran,"katanya.
Sementara Menggulas mengenai tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan cuba berkempen bagi menjatuhkan BN di dua PRK berkenaan, Shamsul Anuar berkata itu hak beliau.
"Kita menghormati amalan demokrasi di negara ini, kita tidak boleh menghalang, biarlah rakyat buat keputusan,"katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan kedua PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak.
Penamaan calon bagi kedua-dua PRK akan diadakan pada 5 Jun, pengundian awal akan diadakan pada 14 Jun manakala hari mengundi pula ditetapkan pada 18 Jun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan