Shamsul Iskandar Akin.
Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Akin berkata keutamaan buat masa ini adalah pembangkang memenangi pilihan raya kecil khususnya di Sungai Besar.
"Kami akan meneruskan rundingan. Presiden kami sudah membuat kenyataan bahawa rundingan dan perbincangan sedang dijalankan.
"Namun kami tidak akan mendedahkan maklumat terperinci sehingga mesyuarat majlis presiden pakatan rakyat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Rabu.
Ditanya sama ada PKR masih berhasrat untuk bertanding di kerusi itu, Ahli Parlimen Bukit Katil tersebut berkata isu berkenaan tidak dibangkitkan dalam mesyuarat biro politik PKR pada malam Selasa.
"Kami belum membuat keputusan akhir. Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami masih ada masa sehingga 5 Jun dan tidak perlu terburu-buru," kata Shamsul.
PAS bagaimanapun beberapa kali mengulangi pendirian bahawa tiada ruang untuk sebarang rundingan dan parti itu tetap akan bertanding pada kedua-dua PRK itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan