Azuan Ab Rahman
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar
Ibrahim dikejarkan ke hospital kerana tekanan darah tinggi, kata
peguamnya Sivarasa Rasiah.
Ahli Parlimen Subang itu berkata, tekanan darah saudara Anwar telah “tidak stabil”.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua
sebelum ini berkata kerajaan masih gagal memberi hak rawatan kesihatan
dengan sempurna kepada bekas Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia itu.
Sebagai pesakit dan tahanan yang
diiktiraf antarabangsa, tegasnya saudara Anwar berhak mendapat perubatan
sempurna terutama bagi kecederaan otot bahu serius selain tekanan darah
tinggi yang dialaminya.
Pemeriksaan kesihatan yang dijalankan
pada Mac lalu mendapati, beliau mengalami tekanan darah tinggi dengan
catatan 170/102, namun beliau yang ketika itu mendapatkan rawatan di
Hospital Kuala Lumpur (HKL) dihantar kembali ke penjara tanpa mengetahui
punca penyakit itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan