Hafiz Marzukhi, Astro Awani
KUCHING: Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohd Azmin Ali berkata beliau
tidak akan 'merayu' kepada sesiapa untuk berada di Sarawak termasuk
Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, untuk tujuan berkempen bagi Pilihan
Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak.
"Ini hak saya. Kenapa nak bermusuh dengan saya?
"Sepatutnya yang menjadi musuh adalah perompak dan perasuah," kata Azmin ketika berucap sewaktu berkempen di Dun N19 Mambong untuk calon PKR, Willie Mongin di sini hari ini.
Azmin merujuk kepada kenyataan daripada pejabat Ketua Menteri, Tan Sri
Adenan Satem yang menyatakan Azmin boleh dibenarkan berada lebih lama
di Sarawak sekiranya membuat permintaan.
Beliau yang juga Menteri Besar Selangor tiba di Kuching pada Jumaat untuk berkempen bagi PKR.
Bagaimanapun pihak Imigresen Sarawak hanya membenarkan untuk beliau berada di negeri itu sehingga 2 Mei ini.
Kenyataan dari pejabat Ketua Menteri itu turut berkata Adenan pernah sebelum ini membenarkan lanjutan tempoh untuk tinggal di negeri itu namun ia berdasarkan kepada sesuatu kes itu dan sekiranya ada permintaan rasmi.
Selain Azmin, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang turut tiba semalam hanya dibenarkan tinggal di negeri itu sehingga 5 Mei ini.
Sarawak yang mempunyai Akta Imigresennya sendiri, pada kebiasaannya membenarkan rakyat Malaysia bukan dari Sarawak untuk tinggal di negeri itu sehingga 90 hari.
Semalam PKR Sarawak mempersoalkan tindakan kerajaan negeri untuk menghadkan tempoh untuk Azmin berada di Sarawak.
Pengarah Bilik Gerakan Utama PKR Sarawak Lynette Tan berkata itu merupakan satu penyalahgunaan Akta Imigresen sedia ada.
Ketika ini sedang berlangsung kempen PRN Sarawak bagi memilih 80 lagi wakil Dun. Dua kerusi telahpun dimenangi Barisan Nasional pada hari penamaan calon.
Proses pengundian bakal berlangsung 7 Mei nanti.
"Ini hak saya. Kenapa nak bermusuh dengan saya?
"Sepatutnya yang menjadi musuh adalah perompak dan perasuah," kata Azmin ketika berucap sewaktu berkempen di Dun N19 Mambong untuk calon PKR, Willie Mongin di sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Besar Selangor tiba di Kuching pada Jumaat untuk berkempen bagi PKR.
Bagaimanapun pihak Imigresen Sarawak hanya membenarkan untuk beliau berada di negeri itu sehingga 2 Mei ini.
Kenyataan dari pejabat Ketua Menteri itu turut berkata Adenan pernah sebelum ini membenarkan lanjutan tempoh untuk tinggal di negeri itu namun ia berdasarkan kepada sesuatu kes itu dan sekiranya ada permintaan rasmi.
Selain Azmin, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang turut tiba semalam hanya dibenarkan tinggal di negeri itu sehingga 5 Mei ini.
Sarawak yang mempunyai Akta Imigresennya sendiri, pada kebiasaannya membenarkan rakyat Malaysia bukan dari Sarawak untuk tinggal di negeri itu sehingga 90 hari.
Semalam PKR Sarawak mempersoalkan tindakan kerajaan negeri untuk menghadkan tempoh untuk Azmin berada di Sarawak.
Ketika ini sedang berlangsung kempen PRN Sarawak bagi memilih 80 lagi wakil Dun. Dua kerusi telahpun dimenangi Barisan Nasional pada hari penamaan calon.
Proses pengundian bakal berlangsung 7 Mei nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan