Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan
menandatangani plak disaksikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris
Shah (kanan) pada majlis perasmian dan pengurniaan kunci rumah kepada
penghuni Desa Alam Shah di Kampung Gong Jenarah, Bukit Awang,
Selasa.Foto: Bernama
Projek tersebut yang dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) dan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh, membabitkan ladang tanaman cili kulai serta pembinaan 30 rumah Desa Alam Shah untuk peserta projek daripada golongan miskin (asnaf).
Turut hadir Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Sultan Kelantan berkenan merasmikan majlis perasmian dan Pengurniaan Kunci Rumah Kepada Penghuni Desa Alam Shah tersebut.
Beliau berkata peserta mengusahakan tanaman itu sejak 2013 membabitkan kawasan seluas 17 hektar.
"Bagi menjayakan projek ini, (setiap) peserta mengusahakan satu ekar (0.40 hektar) dengan tanaman cili kulai," katanya.
Syed Anwar berkata Projek Pembangunan Ekonomi Asnaf itu melibatkan peruntukan RM8.3 juta daripada Lembaga Zakat Selangor, dibangunkan membabitkan tiga segmen iaitu penempatan berkelompok, pembinaan infrastruktur asas dan projek agroekonomi.
"Bagi pembinaan penempatan penduduk, Lembaga Zakat Selangor, membangunkan 30 rumah setingkat yang mempunyai tiga bilik tidur, dua tandas, ruang tamu serta dapur dengan keluasan 1,000 kaki persegi (92.9 meter persegi) di samping kelengkapan perabot asas," katanya.-- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan