JASIN: Tiga orang cedera
dalam kemalangan melibatkan sebuah bas rombongan dan enam kenderaan lain
di Kilometer 174 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini, pada
Sabtu.
Ketua Polis Daerah Jasin DSP Sampornak Ismail berkata kemalangan pukul 10.30 pagi itu melibatkan bas yang membawa 30 penumpang termasuk pemandu, treler, kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan empat kereta - Perodua Alza, Proton Persona, Mercedes Benz dan Proton Iswara.
"Tiga mangsa yang cedera merupakan seorang penumpang bas dan dua penumpang kereta dan mereka dihantar ke Hospital Tangkak dan dirawat sebagai pesakit luar.
"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku akibat kegagalan pemandu bas mengawal kenderaannya.
"Bas itu dipercayai berada di lorong kanan dan melanggar Proton Iswara di depannya sebelum kereta tersebut melanggar kenderaan lain yang berada di hadapannya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata bas itu membawa pelancong tempatan ke Kukup, Johor untuk bercuti.
Sampornak berkata pemandu bas yang berusia 30 tahun itu diarah melakukan ujuan saringan air kencing untuk siasatan lanjut.
"Kemalangan itu menyebabkan laluan sesak sejauh 10 kilometer kerana
hanya satu daripada dua lorong di lebuh raya tersebut dapat dilalui,"
katanya.
Ketua Polis Daerah Jasin DSP Sampornak Ismail berkata kemalangan pukul 10.30 pagi itu melibatkan bas yang membawa 30 penumpang termasuk pemandu, treler, kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan empat kereta - Perodua Alza, Proton Persona, Mercedes Benz dan Proton Iswara.
"Tiga mangsa yang cedera merupakan seorang penumpang bas dan dua penumpang kereta dan mereka dihantar ke Hospital Tangkak dan dirawat sebagai pesakit luar.
"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku akibat kegagalan pemandu bas mengawal kenderaannya.
"Bas itu dipercayai berada di lorong kanan dan melanggar Proton Iswara di depannya sebelum kereta tersebut melanggar kenderaan lain yang berada di hadapannya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata bas itu membawa pelancong tempatan ke Kukup, Johor untuk bercuti.
Sampornak berkata pemandu bas yang berusia 30 tahun itu diarah melakukan ujuan saringan air kencing untuk siasatan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan