HALAMAN SANTAI

Rabu, 1 Jun 2016

Bukan masa untuk desak pelaksanaan Hudud – Tuan Ibrahim

 
PAS mahu meminda Seksyen 355 Akta Mahkamah Shariah (Kesalahan-kesalahan Jenayah) 1965 hanya untuk meningkatkan kedudukan Mahkamah Shariah. 


Tuan-Ibrahim_law_6001


KOTA BARU: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan parti itu tidak akan mendesak untuk pelaksanaan hudud di Kelantan, sebaliknya mahu terlebih dahulu mengangkat kedudukan Mahkamah Shariah.

Beliau berkata, itulah sebabnya mengapa parti itu berusaha meminda Seksyen 355 Akta Mahkamah Syariah (Kesalahan-kesalahan Jenayah) 1965.

Beliau berkata demikian dalam sidang media hari ini bagi menjawab soalan wartawan sama ada PAS mahu menggesa pemindaan Akta 76.

Akta tersebut membenarkan Parlimen untuk meluaskan kuasa legislatif kepada negeri untuk menggubal undang-undang berhubung perkara yang berada dalam senarai persekutuan, dalam dalam isu ini bagi membolehkan kerajaan Kelantan melaksanakan undang-undang jenayah syariah.

Pada masa ini, katanya lagi, mahkamah shariah tidak menuruti keperluan hukuman dalam shariah.

Beliu memberikan contoh hukuman terhadap orang Islam yang meminum arak iaitu rotan enam kali, walaupun hukuman minimum sepatutnya sebat sebanyak 40 hingga 80 kali.

“Kita telah menipu rakyat selama 40 tahun dan kita hanya mahu membetulkan perkara ini,” katanya lagi.

Tuan Ibrahim berkata kedudukan mahkamah shariah yang rendah serta hukuman yang tidak memadai menjadikan mahkamah tersebut sebagai bahan ketawa.

Beliau juga menjelaskan pindaan tersebut hanya untuk meningkatkan hukuman-hukuman yang boleh dijatuhkan mahkamah itu.

Tiada ulasan: