Oleh Muhammad Asyraf Azlan
SHAH ALAM: Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil
(PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar bakal menjadi momentum kepada parti
itu untuk terus menjadi kerajaan kelak, kata penganalisis politik, Prof
Madya Dr Nizamuddin Sulaiman.
Ujarnya dalam keadaan pembangkang yang masih mengekalkan sikap
berpecah-belah ini, maka tidak mustahil untuk BN meraih kemenangan lebih
besar pada Pilihan Raya Umum ke-14.
"Pengajaran pada pembangkang harus ambil iktibar bahawa mereka ini
tidak bersatu maksudnya berpecah-pecah, jika keadaan ini berlaku pada
PRU 14 ada kemungkinan dia boleh jadi macam itu (kemenangan kepada BN).
"Tetapi jika pada PRU 14 nanti mereka (pembangkang) muhasabah, hendak
buat pakatan atau ada perbincangan satu lawan satu. Kita akan dapat
lihat kesannya bagaimana pula (pada PRU 14 nanti)," katanya ketika
dihubungi Antarapos hari ini.
Keputusan PRK semalam menyaksikan BN mengekalkan kemenangan di
kedua-dua kerusi dengan peningkatan majoriti ketara berbanding Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.
Di kerusi Kuala Kangsar, calon BN Datin Mastura Mohd Yazid menang dengan majoriti 6,969 undi apabila memperoleh 12,653 undi.
Balu kepada Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad itu menewaskan
calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad yang hanya memperoleh 5,684 undi,
calon Parti Amanah Negara (PAN), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (4,883
undi) dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (54 undi).
Sementara itu, calon BN bagi kerusi Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi
menang dengan memperoleh 16,800 undi dengan majoriti 9,191 undi.
ADUN Sungai Panjang itu mengalahkan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman yang
memperoleh 6,902 undi dan calon Parti Amanah Negara (PAN), Azhar Abdul
Shukor meraih 7,609 undi apabila mendapat .
Dalam pada itu, ketika ditanya kegagalan Tun Mahathir Mohamad
mempengaruhi pengundi, Nizamuddin berpendapat bekas Perdana Menteri itu
hanya fokus kepada isu bersifat nasional sekaligus tidak memberi kesan
kepada pengundi yang lebih berminat dengan isu setempat.
"Kempen dia (Tun Mahathir) bukannya kepada tumpuan kempen Pilihan Raya.
Tun lebih kepada isunya iaitu supaya Perdana Menteri ditukar dan ini
satu isu yang bersifat nasional yang dibawa oleh gerakan itu (Deklarasi
Rakyat) sebelum daripada PRK ini.
"Saya lihat undi ini memang nampak banyak kepada BN sebab saya katakan
tadi kekuatan mereka (BN) lebih daripada parti lain yang memang banyak
kurangnya kerana berpecah walaupun Tun Mahathir bantu mereka (PH) tetap
banyak lagi kekurangan di dalam perkara-perkara tertentu," katanya lagi.
Sebelum ini, Mahathir bersama dalam kempen Pakatan Harapan di Sungai
Besar dan Kuala Kangsar dengan menggunakan pentas PAN yang mewakili
gabungan pembangkang itu untuk menyeru rakyat menolak BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan