Oleh Azizul Osman
SHAH ALAM: PAS berpendapat pembangkang perlu kembali bekerjasama antara
satu sama lain bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) akan datang
sekiranya ingin mengekalkan kerusi masing-masing.
Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pembangkang
perlu mencari mekanisma baru dalam mengekalkan kerjasama, seperti mana
dalam Pakatan Rakyat (PR) dahulu bagi memastikan konsep satu lawan satu
dapat dicapai.
Namun bertegas tidak mahu mengorbankan kerusi PAS bagi memberi laluan kepada parti lain dalam PH untuk bertanding.
"Saya tengok ada keperluan, tidak semestinya gabungan. Saya rasa ada
mekanisma lain yang perlu dicari. Saya sebut dulu bahawa diantara
mekanisma yang boleh PAS terima ialah sepakat untuk satu lawan satu.
"Tapi PAS tegaskan setuju satu lawan satu di kedua PRK ini tapi bukan
prinsip kita terpaksa korbankan kerusi PAS, itu tidak betul dari segi
sepakat. Kita kena hormati hak kerusi yang sedia ada dan parti lain
tidak perlu sertai sama. Itu sepatutnya dihormati.
"Kalau prinsip itu tidak dihormati maknanya kita bergabung tapi kita
terpaksa korbankan kita punya kerusi, saya fikir tidak betul dari segi
kaedah kerjasama," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Ini kerana Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar
memberikan isyarat bahawa pengundi muak dengan perpecahan yang dihadapi
pembangkang yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Pakatan
Harapan (PH) dan PAS yang menentang Barisan Nasional (BN).
Kepimpinan PAS sebelum ini bertegas tidak akan kembali menyertai gabungan Pakatan Harapan yang dibentuk DAP, PKR dan PAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan