SHAH ALAM: Pengerusi PAS Selangor Datuk Iskandar Samad mengakui parti
itu tidak boleh bersendirian dalam pilihan raya umum depan, selepas
kalah di kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) semalam.
Katanya, mereka mahu mengembangkan 'blok ketiga pembangkang' yang dibentuknya bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).
“Realitinya di Selangor ini bersendirian tak boleh.
"Memang kena ada sokongan dengan kawan-kawan lain,” katanya yang juga pengarah pilihan raya PAS Sungai Besar.
Memetik laporan Malaysiakini, Iskandar juga berkata PAS mesti bekerjasama dengan kumpulan NGO.
Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti jauh lebih besar di Sungai
Besar dan Kuala Kangsar berbanding pilihan raya umum lalu.
Di Kuala Kangsar, BN mendapat majoriti 6,969 undi manakala di Sungai
Besar pula 9,191 undi mengalahkan PAS dan serpihannya Parti Amanah
Negara (PAN).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan