SHAH ALAM: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina
Othman Said dilantik sebagai menteri bertanggungjawab ke atas Bahagian
Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), berkuat
kuasa 28 Jun lepas.
Pengumuman itu dibuat dalam satu kenyataan hari ini oleh Unit
Komunikasi Korporat, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana
Menteri.
Penyandang jawatan berkenaan sebelum ini, Nancy Shukri akan menyelia
Agensi Inovasi Malaysia, Kumpulan Industri Kerajaan Bagi Teknologi
Tinggi Malaysia (Might) dan Agensi Nuklear Malaysia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak sebelum ini semasa
rombakan kabinet pada 27 Jun lalu memaklumkan bahawa akan berlaku
perubahaan portfolio untuk menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Tetapi difahamkan Azalina bahawa masih bertanggungjawab bagi hal ehwal Parlimen.
Mengikuti rombakan bulan lalu, terdapat sembilan menteri di Jabatan Perdana Menteri, termasuk Azalina dan Nancy.
Menteri lain adalah Datuk Abdul Rahman Dahlan, Datuk Wee Ka Siong,
Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Paul Low, Datuk Joseph Entulu Anak
Belaun, Tan Sri Joseph Kurup, dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan