Kow Gah Chie
Bekas menteri Umno Datuk Seri Shafie Apdal berkata, pengkritik bebas
untuk bercakap perkara buruk mengenai parti baru yang diketuai oleh
bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Biarkan mereka kata apa yang mahu mereka kata, mereka mempunyai
kebebasan untuk bercakap apa sahaja," katanya selepas menghadiri
mesyuarat Deklarasi Rakyat dipengerusikan Mahathir di Putrajaya hari
ini.
Shafie berkata beliau akan "tunggu dan lihat" sejauh mana parti baru itu boleh pergi.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan memperlekeh
yang dibuat oleh bekas rakan-rakannya dalam Umno terhadap parti baru
ditubuhkan bekas -bekas pemimpin parti itu.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz semalam
mendakwa Mahathir dan bekas pemimpin Umno adalah liabiliti kepada
pembangkang, dan oleh itu mereka dipaksa menubuhkan parti baru.
“Saya ucapkan yang terbaik dan semoga berjaya kepada beliau.
Berambuslah sampah," Nazri dipetik sebagai berkata oleh portal berita Free Malaysia Today.
Shafie, yang dipecat daripada jawatan menteri, memutuskan untuk keluar daripada Umno selepas dikenakan penggantungan.
Menurutnya, bekas pemimpin Umno yang menghadiri mesyuarat itu telah mengilhamkan penubuhan parti baru itu.
"Kami telah berbincang dan kebanyakan rakyat menyambut
pembentukannya. Apa yang penting sekarang ialah perpaduan di kalangan
kita," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar sekali lagi
mengingatkan partinya mengenai keperluan untuk bekerjasama sama ada
dengan BN atau Pakatan Harapan dan parti baru itu.
Mahfuz juga menafikan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
adalah pemimpin degil yang enggan mendengar nasihat serta menolak
khabar angin beliau mungkin keluar parti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan