HALAMAN SANTAI

Ahad, 7 Ogos 2016

3 rentung dalam kemalangan bas, kereta

MalaysiaGazette
 
 


Tiga individu rentung apabila kereta yang dinaiki mereka dipercayai dilanggar sebuah bas di kilometer 447.7 Lebuhraya Utara-Selatan dari arah Rawang ke Pusat Bandar, berhampiran Hospital Sungai Buloh malam tadi.

Mangsa ialah pemandu dan dua penumpang kereta tetapi identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Akibat perlanggaran itu, kedua-dua kenderaan berkenaan terbakar sepenuhnya. Bagaimanapun, 15 penumpang dan pemandu bas berjaya menyelamatkan diri.

Empat belas anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dan Kuala Kubu Bharu dikerah ke lokasi kejadian.

Kemalangan itu mengakibatkan lalu lintas sesak sepanjang empat kilometer. - MalaysiaGazette


Tiada ulasan: