MELAKA:
Seramai 51 daripada 56 pemandu yang dikesan menggunakan lorong
kecemasan di KM222, Lebuhraya Utara Selatan pada Mei lepas telah
didapati bersalah dan dikenakan denda berjumlah RM75,100 oleh mahkamah.
Pengarah
Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka Mohd Fadhil Hassan berkata kesemua
mereka dikenakan denda hingga RM2,000 dalam pendakwaan serta perbicaraan
pada 18 Julai, 27 Julai, 1 Ogos dan 8 Ogos lepas di Mahkamah Majistret
Alor Gajah dekat sini.
Beliau
berkata seramai 20 orang didakwa pada hari perbicaraan pertama iaitu 18
Julai, 27 Julai (19 orang), 1 Ogos (seorang) dan 8 Ogos (11 orang) di
mahkamah tersebut.
“Waran
tangkap akan dikeluarkan terhadap lima lagi pemandu yang gagal hadir ke
mahkamah pada hari ditetapkan iaitu tiga orang pada hari perbicaraan
pertama dan dua orang pada perbicaraan kedua,” katanya kepada pemberita
di sini hari ini.
Terdahulu
beliau menyampaikan watikah pelantikan Kadet JPJ peringkat negeri
Melaka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Molek, Ayer Molek di
sini.
Mohd
Fadhil berkata seramai 22 lagi pemandu yang melakukan kesalahan sama
akan didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah dalam masa terdekat.
Sementara
itu, katanya JPJ Melaka telah mengeluarkan tujuh saman terhadap empat
pemandu bas ekspres dan tiga pemadu lori kerana memandu secara
berterusan di lorong kanan di mengikut Kaedah 53 di bawah Kaedah-Kaedah
Lalu Lintas Jalan 1959 pada ‘Op Laju’ yang dilancarkan pada 3 Ogos
lepas.
“Mereka
yang memandu di lorong kanan secara berterusan boleh dikenakan kompaun
RM300 atau dikenakan denda oleh mahkamah maksimum RM2,000 atau penjara
tidak melebihi enam bulan,” katanya.
Terdahulu
beliau menyampaikan watikah pelantikan Kadet JPJ Melaka kepada SMK
Bukit Katil, SMK Ayer Keroh, SMK Seri Bemban, SMK Datuk Bendahara, SMK
Dang Hanum, SMK Durian Tunggal dan SMK Tebong.
Katanya
SMK Ayer Molek merupakan sekolah perintis bagi penubuhan Kadet JPJ di
negeri itu dan 45 pelajar telah menyertai sejak ia ditubuhkan pada tahun
lepas.
“Kita
telah memulakan latihan kawad pada Januari tahun ini selain program lain
seperti perkhemahan, ceramah motivasi dan program kesedaran keselamatan
jalan raya. Kadet JPJ bertujuan membentuk disiplin pelajar menjadi
pemandu berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan