Abdul Hadi (tengah) yang baru pulang dari luar negara disambut penyokongnya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, semalam.
KUALA NERUS - “Saya baru balik... tak baca lagi.” Itu maklum balas ringkas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika diminta mengulas laporan Sarawak Report yang mendakwa parti itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Abdul Hadi yang juga Naib Ketua Kesatuan Ulama Dunia, baru pulang setelah berada hampir dua minggu di luar negara atas urusan kesatuan Islam tertinggi dunia itu juga, menyerahkan kepada Pas Pusat mengambil tindakan lanjut berhubung perkara berkenaan.
“Saya baru balik... tak baca lagi... saya baru balik... serah kepada Pas Pusat,” ulang beliau ketika terus didesak soalan sama oleh pihak media yang menanti ketibaan beliau sejak jam 2.30 petang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini, semalam.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai pergolakan politik membabitkan Menteri Besar Terengganu,
Ahmad Razif Abd Rahman dan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said, beliau turut memberikan maklum balas sama iaitu belum mengetahui secara jelas mengenai perkara berkenaan kerana baru pulang dari luar negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan