shahbudindotcom
Hari
ini, 22 Ogos adalah tarikh yang sepatutnya bermula perbicaraan saman
sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap empat individu untuk membeku
aset-aset mereka yang didakwa dibeli dengan menggunakan wang 1MDB yang
dilencongkan.
Oleh
kerana waktu Los Angelas adalah terkebelakang 15 jam berbanding waktu
Malaysia, kita mungkin hanya dapat mendengar khabar berita mengenai
perbicaraan itu menjelang lewat malam nanti.
Mereka
yang dinamakan dalam saman sivil itu ialah Jho Low, Riza Aziz, Khadem
Al-Qubaishi dan Mohamad Al-Badawy. Aset yang ingin disita pula berjumlah
AS$1 bilion atau kira-kira RM4,000 juta daripada AS$3.5 bilion atau
RM14,000 juta yang dikesan oleh penyiasat FBI telah diselewengkan
daripada 1MDB.
Mohamad
telah ditahan oleh pihak berkuasa Abu Dhabi sejak sekian lama dan tidak
dibenarkan meninggalkan negara tersebut. Khadem pula ditangkap di Abu
Dhabi kira-kira seminggu yang lalu.
Tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua mereka akan hadir atau sebaliknya dalam perbicaraan hari ini untuk mempertahankan pelucutan hak aset yang diambil oleh Jabatan Kehakiman AS itu.
Begitu
juga, tiada khabar berita sama ada Jho Low dan Riza Aziz akan hadir
atau tidak. Juga tidak diketahui di mana kedua-dua mereka berada pada
waktu ini.
Ada khabar mengatakan Riza Aziz berada di Malaysia pada minggu lalu, tetapi tidak dapat disahkan kebenarannya.
Jho
Low juga begitu, tiada siapa tahu di mana beliau berada ketika ini.
Cuma diberitakan kapal mewahnya sedang berada di perairan Hong Kong.
Dengan
itu, tidak pasti sama ada mereka akan hadir dalam perbicaraan untuk
mempertahankan aset-aset yang mahu dibekukan itu atau akan membiarkan
saja ia dirampas oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat.
Dalam
waktu yang sama, Peguam Negara, Apandi Ali juga dilihat senyap seribu
bahasa sejak akhir-akhir ini dan tidak mengesahkan sama ada akan hadir
atau tidak mengikuti perbicaraan tersebut.
Hanya
pada 1 Ogos lalu, Apandi ada memberikan kenyataan untuk
mempertimbangkan kemungkinan beliau sendiri atau menghantar pegawainya
untuk hadir menghadiri perbicaraan itu.
Apakah Apandi atau pegawai Jabatan Peguam Negara sudah berlepas ke Amerika sekarang ini?
Jika
Jho Low dan Riza Aziz tidak menghadirinya, keputusan perbicaraan
barangkali sudah boleh dijangka dan ia pasti akan memasuki episod
seterusnya seperti kemungkinan akan disusuli saman jenayah dan
sebagainya.
Ketidakhadiran Jho Low dan Riza Aziz juga tentunya tidak memerlukan Apandi atau pegawainya hadir untuk mengikuti perbicaraan.
Bagaimana
jika Jho Low dan Riza Aziz tiba-tiba hadir, tetapi tiada sesiapa
daripada Jabatan Peguam Negara Malaysia menunjukkan muka mereka?
Tidakkah ia bermakna Jho Low dan Riza Aziz seperti tidak diberikan sokongan moral oleh Malaysia?
Tak simpatikan kerajaan Malaysia pimpinan Najid kepada Jho Low dan Riza Aziz ?
Tak simpatikan kerajaan Malaysia pimpinan Najid kepada Jho Low dan Riza Aziz ?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan