shahbudindotcom
Ahli
Parlimen Langkawi, Nawawi Ahmad akhirnya akur untuk memohon kemaafan
daripada Yang Dipertuan Agong berikutan keterlanjurannya mengaitkan nama
Baginda sebagai Malaysian Official 1.
Pada
mulanya Nawawi agak berdegil dan cuba mempertahankan apa yang
diperkatakannya itu, malah menyatakan hanya akan meminta maaf jika
dititahkan oleh Agong.
Bahkan
kata-kata Nawawi seperti dipetik Malaysiakini, "Kalau nak minta maaf,
saya mestilah bersalah. Tetapi dalam kes ini saya tidak bersalah, saya
nak mohon maaf buat apa", terselit unsur-unsur keangkuhan yang ketara
dalam dirinya yang kerdil dan bersaiz kecil itu.
Tetapi,
setelah semalam Majlis Kerabat Diraja Kedah sendiri tampil menyatakan
rasa kesal terhadap tindakan Nawawi itu, barulah beliau nampaknya sedar
keterlanjurannya sudah sampai ke peringkat begitu menyinggung perasaan
pihak Istana, lalu sedar tiada pilihan lain baginya selain meminta maaf.
Sebelum
itu, pelbagai pihak turut tampil mengecam tindakan Nawawi mengaitkan
nama Agong sebagai Malaysian Official 1, malah seruan agar beliau segera
meminta maaf juga banyak kedengaran.
Meskipun
demikian, yang menjadi persoalan ialah mengapa Nawawi hanya membacakan
saja kenyataan meminta maaf itu, namun tidak ada sama sekali menyatakan
hasrat mahu memohon mengadap Agong bagi tujuan tersebut?
Bukankah
lebih manis dan beradab, selain memohon maaf secara terbuka, Nawawi
juga perlu mengadap Agong, bukan saja untuk menyampaikan permohonan
maafnya secara peribadi, malah rasa kesalnya juga terhadap Baginda atas
keterlanjurannya itu?
Selain
itu, dengan memohon maaf juga, bermakna Nawawi secara langsung dan
sedar telah mengakui bahawa Agong bukanlah Malaysian Official 1
sebagaimana yang didakwanya sebelum ini.
Maka,
bolehkah Nawawi, mulai sekarang berterus-terang kepada seluruh rakyat
Malaysia, siapakah Malaysian Official 1 yang sebenar berdasarkan
pemahamannya yang terkini?
Jika
sebelum ini beliau begitu berani mengaitkan Agong, tetapi kemudian
meminta maaf atas keterlanjuran itu, maka Nawawi juga semestinya tidak
takut untuk menyebut nama lain yang lebih tepat kaitannya dengan
Malaysian Official 1?
Atau mungkinkah bagi Nawawi, ada yang lebih "ditakuti" untuk dicemar namanya selain daripada Agong?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan