KUALA TERENGGANU: Gambar dan video seks yang didakwa melibatkan seorang ahli politik kanan kini muncul semula.
Isu ini dikatakan sudah lama berlaku iaitu sekitar tahun 2009 dan telah
dikitar semula serta tersebar di media sosial untuk memfitnah ahli
politik berkenaan.
Ahli politik itu dikatakan memberi projek balak kepada beberapa wanita dan menerima layanan seksual sebagai balasan.
Sumber daripada ahli politik yang rapat dengan pihak yang dituduh serta
'mangsa' itu berkata, keseluruhan isu berkenaan adalah bertujuan untuk
memfitnah.
"Saya kenal kedua-dua mereka dengan baik dan apa yang saya boleh
katakan ini adalah cerita lama yang digunakan untuk mengugut ahli
politik tersebut bagi mendapatkan tender serta wang.
"Wanita ini mempunyai masalah dan sentiasa cuba untuk menjadi mangsa
kepada orang kaya termasuk ahli politik untuk memeras ugut wang," kata
satu sumber kepada The Star.
Adalah dipercayai bahawa video seks dan gambar-gambar mengenainya mula disebarkan oleh blog Malaysia Respons.
Artikel itu juga menyebut bahawa ahli politik berkenaan terlibat dalam pelbagai skandal.
Cubaan menghubungi ahli politik yang didakwa melalui telefon dan aplikasi Whatsapp tidak dijawab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan