SHAH ALAM: Selepas PAS mengugut mahu mengambil tindakan undang-undang, Pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown tampil menjelaskan dakwaannya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menawarkan RM90 juta kepada PAS adalah berdasarkan “kecurigaan yang meluas”.
Awal hari ini, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menyangkal dakwaan yang disiarkan dalam sebuah ulasan dalam Sarawak Report Sabtu lalu.
Bagaimanapun, ketika bercakap kepada portal Malaysiakini, Brown berkata, laporannya hanya berdasarkan kecurigaan itu dan menegaskan dakwaan berkenaan memang telah meluas.
"PAS tidak wajar menyalahtafsirkan saya, walaupun mereka bukan ahli-ahli politik pertama yang melontarkan tuduhan terhadap perkara-perkara yang tiada kaitan dengan perkara diperkatakan.
"Saya boleh menunjukkan bahawa tanggapan itu memang sudah meluas, sejak beberapa rakyat Malaysia bertalian rapat dengan orang ternama telah membangkitkan perkara ini kepada saya.
Tuan Ibrahim berkata dakwaan bahawa pemimpin PAS telah menerima RM90 juta daripada Najib adalah palsu, dan parti itu bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas dakwaan tersebut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan