HALAMAN SANTAI

Isnin, 15 Ogos 2016

Himpunan perlu ikut Akta Perhimpunan Aman

 Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar
 
 
PUTRAJAYA - Penganjur himpunan #TangkapMO1 yang dijadual berlangsung 27 Julai ini perlu memastikan permohonan mereka mematuhi Akta Perhimpunan Aman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya hanya akan mengkaji permohonan mereka jika ia mengikut peruntukan akta berkenaan.

"Mereka kena hantar permohonan dulu baru kita akan buat ulasan (lanjut)," katanya kepada media selepas majlis pelancaran Pelan Tindakan Kebangsaan Anti Pemerdangan Orang 2016-2020, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Lebih baik belajar dari sertai himpunan jalanan]

Sebuah portal melaporkan penganjur himpunan #TangkapMO1 akan berjumpa polis hari ini bagi menyerahkan notis.

Himpunan tersebut dijangka diadakan secara serentak di Kota Kinabalu, Sabah dan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur.

Ia dianjurkan oleh kumpulan belia dengan nama Gabungan #TangkapMO1 susulan saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) AS bagi merampas aset yang dikatakan diperoleh melalui penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata, polis masih menyiasat telefon bimbit yang dikaitkan dengan kejadian letupan bom di Thailand.

"Polis Thailand telah memberikan maklumat mengenai telefon bimbit dan kad sim yang digunakan kepada kita. Proses siasatan masih dijalankan," katanya.

Sebelum ini, sumber keselamatan Thailand dilaporkan berkata terdapat nombor siri Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) pada telefon bimbit itu dan penyiasat Thailand meminta kerjasama Malaysia untuk mengenal pasti asal usul telefon berkenaan.

Tiada ulasan: