Tun Mahathir - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan
keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) sekitar jam 4.30 petang tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Komunikasi Korporat IJN, Mahathir dimasukkan ke IJN untuk menjalani rawatan jangkitan dada pada 9 Ogos lalu.
"Mahathir akan terus menjalani sesi fisioterapi dan rawatan di rumahnya," petik kenyataan itu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Dr M dimasukkan ke IJN]
Mahathir sebelum ini disahkan sedang menjalani rawatan fisioterapi, selain turut menjalani latihan fizikal secara rutin.
Beliau pernah dimasukkan ke IJN pada 16 November 2013 atas penyakit sama tetapi dibenarkan keluar beberapa hari selepas itu setelah mendapat rawatan.
Beliau juga pernah menjalani pembedahan pintasan koronari di Hospital Kuala Lumpur, 27 tahun yang lalu pada 24 Januari 1989 dan pembedahan pintasan koronari susulan pada 4 September 2007 di IJN.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan