HALAMAN SANTAI

Selasa, 9 Ogos 2016

Kami sedia bantu carikan stadium untuk demontrasi - Pemuda Gerakan

 
 
Tan Keng Liang (tengah) bersama Ahli Jawatankuasa Pusat Gerakan, Steven W.N.Pang (kiri) dan Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Inderjit Singh pada sidang media Gerakan di Kuala Lumpur. foto: KUMARA SABAPATTY, 9 Ogos 2016.
Tan Keng Liang (tengah) bersama Ahli Jawatankuasa Pusat Gerakan, Steven W.N.Pang (kiri) dan Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Inderjit Singh pada sidang media Gerakan di Kuala Lumpur. foto: KUMARA SABAPATTY, 
 
 
Pemuda Gerakan mengambil keputusan membantu Bersih 2.0 untuk menganjurkan perhimpunan Bersih 5.0 secara aman di stadium bagi mengekalkan ketenteraman awam.
 
Sekiranya Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berdegil dan enggan menerima tawaran itu demi memelihara keharmonian, pihaknya tidak mempunyai pilihan selain memastikan penganjur berdepan tindakan pihak berkuasa.
 
Ketua Pemudanya, Tan Keng Liang berkata, surat tawaran cadangan itu telah dihantar kelmarin dan disahkan penerimaan pihak penganjur di pejabat Bersih di Petaling Jaya.
 
"Kami di Gerakan sudah nyatakan dengan jelas akan membantu Bersih mencari stadium yang sesuai untuk mereka berdemo tanpa turun ke atas jalan dan mengganggu trafik, peniaga dan keselesaan orang awam.
 
"Semua mempunyai kebebasan bersuara di bawah Akta Perhimpunan Awam 2012, tetapi bukan sehingga boleh mengganggu ketenteraman dan keharmonian yang terpelihara selama ini.
 
"Ketika penubuhan akta berkenaan pembangkang tidak setuju, selepas dibenarkan pada tahun 2012, kesannya polis diserang dan kenderaan dirosakkan, saya tak berapa percaya dengan penganjur, mereka adan agenda tertentu, tapi jangan sehingga gugat keamanan rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di sini.
 
Dalam perkembangan sama, beliau berpendapatan penganjuran Bersih 5.0 berisiko kerana pihak tertentu berpeluang megambil kesempatan demi kepentingan politik mereka dan protes atas jalan perlu dielak dan dihalang.
 
Malah katanya, penganjuran Bersih 5.0 diminta supaya tidak dibuat pada bulan sambutan kemerdekaan dan sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September sebagai menghormati hari bersejarah itu.
 
"Harap Bersih dan penganjur, berfikiran matang, logik dan berakal pertimbangkan tawaran cadangan ini untuk berdemo di stadium. Kami bersedia berjumpa dan membantu uruskan stadium sekiranya jawatankuasa penganjur Bersih bersetuju.
 
"Ini 'token persahabatan' yang ditawarkan Pemuda Gerakan dan harap dia terima tawaran ini, jika berdegil nak turun protes atas jalan, saya minta maaf dan pihak brkuasa harus bertindak," katanya. - MalaysiaGazette
 
 

Tiada ulasan: