MALAYSIAKINI
Seorang bekas pegawai kanan kewangan Abu Dhabi sedang disiasat oleh
pihak berkuasa Switzerland kerana dakwaan terlibat dalam konspirasi
antarabangsa menyelewengkan dana daripada 1MDB.
Menurut Financial Times, bekas ketua International Petroleum
Investment Company (IPIC) Khadem al-Qubaisi dituduh melakukan penipuan,
pengubahan wang haram dan rasuah.
Ini, kata akhbar itu adalah berdasarkan surat yang diperolehi mereka.
Financial Times juga melaporkan bahawa penyiasat Switzerland juga sedang mencari orang bawahan Khadem dan dua bekas pegawai 1MDB.
Siasatan Swiss itu diperhebatkan hanya beberapa minggu selepas
Jabatan Kadilan (DOJ) Amerika memfailkan tindakan undang-undang bagi
merampas aset yang diseleweng dari 1MDB berjumlah hampir AS$1 bilion.
Khadem adalah salah individu yang dinamakan dalam tindakan
undang-undang itu, yang memaparkan laporan terperinci bagaimana dana
1MDB dipesongkan.
Financial Times berkata mereka tidak dapat menghubungi Khadem untuk ulasannya manakala peguamnya pula enggan mengulas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan