shahbudindotcom
Selepas
Amerika Syarikat dan Singapura, kini Switzerland sudah mengambil
langkah memulakan penyiasatan berkaitan 1MDB yang merangkumi aspek
penggubahan wang haram, penipuan dan rasuah.
Ini
bermakna daripada sekurang-kurangnya tujuh negara yang sebelum ini
dilaporkan menyiasat 1MDB, tiga daripadanya telah mengambil tindakan
berkesan yang dinanti-nantikan, bukan saja oleh rakyat Malaysia yang
mahukan kebenaran, tetapi juga oleh seluruh dunia.
Tujuh negara tersebut ialah Amerika Syarikat, United Kingdom, Switzerland, Singapura, Abu Dhabi, Hong Kong dan Luxembourg.
Dalam
masa yang sama, Bank of Scotland turut melakukan penyiasatan berikutan
wujudnya pengaliran wang melalui bank tersebut, manakala CEO Anz Bank
yang menguasai 24 peratus kepentingan dalam Ambank telah dipanggil
memberi keterangan kepada Parlimen Australia, juga disebabkan perkara
yang sama.
Tetapi di Malaysia, 1MDB masih dianggap "suci bersih" oleh pihak berkuasanya, malah Najib Razak yang menubuhkan syarikat pelaburan itu serta berkawan baik dengan Jho Low dan kemudian melaluinya tercetus skandal kewangan terbesar di peringkat antarabangsa telah dianggap sebagai "anugerah Tuhan" yang kononnya mesti disokong dan diberikan puji-pujian.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan