shahbudindotcom
Timbalan
Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi penghormatan
kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dengan menyifatkannya
sebagai "Perdana Menteri yang terbaik" dalam sejarah Malaysia.
Kesian dengan Pak Lah, hanya setelah lebih tujuh tahun meninggalkan jawatannya, barulah penghormatan itu datang kepadanya.
Malah,
lebih kesian kerana penghormatan oleh Zahid Hamidi itu hanya hadir
setelah lebih setahun beliau menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri.
Yang
paling kesian lagi, walaupun beliau mengatakan Pak Lah merupakan
Perdana Menteri terbaik dalam sejarah Malaysia, tetapi ketika dilantik
sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai 2015 lalu, beberapa hari
kemudiannya, pemimpin yang dikunjunginya untuk meminta nasihat dan
pandangan ialah Tun Mahathir Mohamad.
Mengapa ketika itu tidak mengunjungi Pak Lah untuk meminta panduan dan nasihat?
Kalau
hari ini Tun Mahathir tidak berbeza pendapat dengan Najib, tidak
meninggalkan UMNO dan tidak menubuhkan parti baru, agak-agak siapa yang
Zahid puji dan beri penghormatan?
Tun Mahathir atau Pak Lah?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan