"Walaupun bukan UMNO, tindakan Tun Mahathir berbaik semula dengan Anwar membuktikan orang Melayu masih boleh bersatu dan ini sekali gus tidak akan menyenangkan parti DAP yang mahu melihat kaum Melayu berperang sesama sendiri,".
Itu kata seorang Ketua Bahagian UMNO yang meminta supaya identitinya tidak disiarkan bagi mengelak tanggapan negatif yang mungkin akan dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu.
"Saya berkata yang benar sebab sebagai ahli UMNO, saya masih mahu melihat orang Melayu bersatu tidak kiralah parti mana sekali pun.
"Biar pun Mahathir dan Anwar bukan lagi ahli UMNO, tetapi sekurang-kurangnya, hubungan baik yang kembali terjalin antara mereka berdua pasti akan membuatkan parti DAP berasa tidak sedang sebab hasrat mereka nak tengok orang Melayu musnah tidak tercapai,” katanya kepada MalysiaGazette di Kuala Lumpur pagi tadi.
Katanya lagi, tidak siapa tahu apa yang dibincangkan oleh Mahathir dan Anwar sepanjang pertemuan mereka tetapi orang ramai harus melihat pertemuan itu sebagai sesuatu yang positif.
"Bila Anwar boleh terima Mahathir yang telah menyumbatnya ke dalam penjara sejak tahun 1998, itu bermakna segala yang keruh telah kembali jernih.
"Siapa salah kita tak tahu, tetapi sekurang-kurangnya Mahathir berani jumpa Anwar dan boleh berbual mesra walaupun singkat," ujarnya.
Tambahnnya, janganlah ada di kalangan orang Melayu yang tidak senang dengan pertemuan Mahatihir dengan Anwar disebabkan tindakan Mahathir terhadap Anwar selama ini.
"Orang Melayu tidak wajar menyimpan rasa dendam terhadap Mahathir lagi kerana jika Anwar boleh terima, kenapa penyokong-penyokongnya tidak boleh?," katanya. - MalaysiaGazett
Tiada ulasan:
Catat Ulasan