shahbudindotcom
Mungkin
disebabkan terlalu letih kerana baru kembali daripada New York kerana
menghadiri persidangan PBB dan kemudian disusuli dengan merasmikan
banyak mesyuarat UMNO, lalu Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid
Hamidi menghadapi sedikit masalah kesihatan diri.
Berikutan
itu, tersebar pelbagai berita palsu mengenai keadaan kesihatannya,
termasuk kononnya diserang sakit jantung dan mengalami strok.
Menyedari
banyaknya spekulasi yang menjadi viral itu, ketika merasmikan mesyuarat
perwakilan UMNO Subang semalam, dalam keadaan suaranya yang serak dan
tidak dapat berucap panjang, Zahid secara bergurau berkata, "ramai betul
yang mendoakannya agar cepat padam."
Namun, Zahid meminta semua pihak agar memaafkan mereka yang membuat sebaran berita palsu mengenai dirinya itu.
Siapa agaknya yang banyak menyebarkan berita palsu dan mendoakan perkara tidak baik mengenai Zahid itu?
Orang UMNO sendiri atau orang DAP?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan